Assalamualaikum
semua, semoga teman2 semua dalam keadaan sejahtera dan dirahmatiNYa.
Macam biasa awal pagi
rutin harian bangun pagi untuk kerja. Macam nak demam rasa. Gagahi juga demi
rezeki Allah untuk menyara keluarga tersayang. Jarak ke tempat kerja lebih
kurang 43km dari rumah. Setiap hari pergi dan balik kerja ikut highway. Motor adalah pilihan aku untuk sampai ke tempat kerja. Elak sangkut dalam kesesakan.
Namun pagi ini, time
berbaris nak bayar tol di lorong motosikal ada kejadian yang aku nak kongsikan.
Kejadian kad touch & go. Sebelum itu, nak bagitahu dulu yang aku bekerja di
Penang. Mudah cerita di USM Penang. Suka tak suka tetap kena guna jambatan nak
ke tempat kerja di sebelah pulau. Aku duduk di seberang. Tol untuk motosikal RM
1.40 dan kalau kita ada kad touch & go yang dibeli di jambatan sahaja yang
akan dapat kadar RM 1.12. Yang itu motosikal. Kalau kereta RM 7.00 dan kalau
ada kad touch & go jambatan akan dapat RM 5.60. Orang yang duduk sekitar
utara pasti tahu kadar ini semua. Yang tak tahu boleh lah ambil tahu.. heee
Namun aku bukan nak
cerita pasal kadar touch & go yang dikenakan tu, tapi nak bagitau pasal
sistem yang ada pada touch & go yang kita gunakan. Tapi bukan touch &
go saja macam tu, banyak sistem yang sememangnya macam tu. Kita saja yang tak
tahu.

Dalam sesak2 berbaris
di lorong masing2 inilah yang aku nak kongsikan dengan semua teman2. Aku sememangnya
pengguna touch & go dan aku memang berbaris di lorong khas touch & go.
Tetiba lorong terhenti ketika aku berada no 3 dari orang first di palang automatic.
Sorang uncle berbangsa cina menyentuh kad di mesin pengimbas. Namun palang
tidak juga terangkat. Disentuhnya lagi.. Tiada bunyi ‘beep’ manandakan kad sah
sebelum palang diangkat. Uncle cuba lagi dan mula menunjukkan body language
gelisah. Tak pasti balance dalam kad uncle tu cukup atau tidak atau pun
sememangnya kad touch n go uncle tu rosak. Kebetulan entah mengapa sesak lain
macam pagi ni. Bukan setakat uncle tu gelisah kami yang berada di belakang pun
gelisah. Maklumlah mengejar punch card di pejabat pula.

Aku minta maaf
sangat2, bukan tak nak bagi. Problem tadi tu dari kad uncle pertama. Kad rosak
atau balance tak mencukupi. Makcik kedua bagi kad. Uncle lepas pergi. Makcik tersangkut.
Untuk semua teman2. Sebenarnya apabila kad kita dah digunakan, kita perlu nyahaktifkan
terlebih dahulu. Kemudian barulah kad
itu boleh digunakan semula. Cara untuk nyahaktifkan kad adalah melalui
penggunaan kad lain selepas kad itu digunakan pada pertama kali. Bermakna kad
yang digunakan itu tidak dapat digunakan lagi buat kali kedua berturut2
sehinggalah mesin pengimbas itu mengimbas kad lain terlebih dahulu. Bermakna juga
makcik tadi boleh menggunakan kad itu selepas aku touch kad aku. Namun apa
boleh buat nak hurai panjang macam ni kepada semua dalam situasi kelam kabut
nak pergi kerja mana ada orang nak faham..
So teman2, jadikan
iktibar cerita aku ni. Bukan tak nak buat baik pada orang. Cuma kena faham
sistem. Sudah banyak kejadian ini berlaku. Kita saja yang tak tahu sistem
sebenarnya. Semoga bermanfaat buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan