Selasa, 11 Februari 2014

SAIZ ALAM

Salam.. Jom kita lihat perbandingan saiz cakerawala dunia. Lihat jua kebesaran Allah pencipta segalanya..
Perbandingan saiz Bumi (terbesar /berwarna biru gelap) dengan Venus, Mars, Mercury dan Pluto. Besar juga bumi kita ni ye.. heeee

Perbandingan Jupiter (terbesar) dengan Saturn dan lain2. Bumi berwarna biru gelap di depan sekali sebelah kiri. Terasa kecik pulak bumi ni yee.. heee

Perbandingan saiz Matahari (terbesar) dengan planet2 lain. Bumi yang kecil (anak panah merah). Alamak keciknya bumi... haaa

Lihatlah di bumi yang kecil inilah adanya makhluk Allah yang bernama manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada, melakukan pelbagai dosa, syirik kepada Allah dan penuh dengan kesombongan.

Jangan kita jadi manusia yang kufur kepada Allah kerana apabila kiamat berlaku nescaya bumi pasti hancur dahulu kerana saiz yang terlalu kecil berbanding planet yang lain. Jadilah hambaNya yang beriman. Allahuakbar..


BERHARGANYA SEBUAH KERUSI SEKOLAH

Ketika kita hidup dalam kemalasan, mereka berjuang untuk masa hadapan.

Tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagisemata-mata untuk merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!

Percaya atau tidak, ada yang unik di Sekolah Dasar di Brebes, Jawa Tengah. Murid-murid kemasukan baru berangkat dari rumah sekitar jam 3 pagi, dan mereka tiba di sekolah jam 4 pagi! Ketika azan Subuh pun belum lagi berkumandang.

Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.

Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan terdepan.

Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.

“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan, kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar Murni.

Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar menjadi anak pandai.

“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.

Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan pada tahun baru.

“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu gerbang menjelang pukul 4 pagi.


Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?

KISAH NGERI DI SEGITIGA BERMUDA

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.

“ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ”apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk.. aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ”ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
Pengalaman Ngeri Di Segitiga Bermuda 4

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

SUMBER: http://gigitankerengga.blogspot.com/

Isnin, 10 Februari 2014

KERAKUSAN MANUSIA MEMUSNAHKAN SEJARAH KOTA MEKAH


Aku kongsikan artikel yang aku kira bermanfaat buat semua teman2. Moga dapat menambah pengetahuan


Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan seramai mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pula dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.


Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/

MUTIARA KATA UAI

































Ahad, 9 Februari 2014

PERATUS LULUS UJIAN MEMANDU KALI PERTAMA

Tak ramai yang tahu jumlah peratusan orang yang lulus ujian memandu kereta dengan sekali ambil sahaja di negara kita. Mari kita lihat sedikit maklumat berkenaan peratusan mereka yang lulus sekali ambil sahaja dalam ujian memandu kereta.

  1. Hanya purata sebanyak 51% sahaja yang akan lulus setiap kali mengambil sistem ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen di negara kita. Ini merupakan purata keputusan berdasarkan data dari tahun 2002 sehingga tahun 2008.
  2. Peratusan mereka yang lulus dalam ujian amali memandu kereta pula adalah sebanyak 74%. Ertinya dalam 100 orang yang menduduki ujian memandu kereta amali, seramai 74 orang akan lulus, dan hanya 36 orang biasanya gagal.
  3. Bagi mereka yang mengambil ujian amali memandu motosikal pula, peratusan yang lulus adalah sebanyak 81%.
Jika di lihat data di atas masalah besar yang dihadapi oleh orang yang nak ambil ujian memandu kereta adalah dalam bab ujian berkomputer. Ujian berkomputer memerlukan penghafalan dan kemahiran teori untuk membolehkan anda lulus dengan mudah.

HIDUP SUATU ANUGERAH

Suatu masa lalu, ada seorang gadis buta yang sering menyesali akan kekurangan dirinya sendiri. Dia bukan hanya membenci dirinya sendiri malah semua orang kecuali kekasihnya.

Sang kekasih sering berada di sampingnya sebagai peneman dan penghibur yang setia. Dia sering menyebut akan menikahi gadis buta itu jika gadis itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seorang yang ikhlas hati menderma sepasang mata kepada gadis itu. Dengan kehendak yang Maha Esa si gadis itu dapat melihat segala-galanya termasuklah kekasihnya itu.

Lalu bertanya si kekasih kepada si gadis: “Sayang, sekarang kamu sudah boleh melihat dunia”. Apakah engkau sudi berkahwin dengan aku”?. Gadis itu terkejut ketika melihat bahawa kekasihnya itu adalah buta. Dengan bersungguh-sungguh dia menolak untuk menikahi kekasihya itu yang nyata sangat setia mendampingi hidupnya selama mana dia buta.

Akhirnya si kekasih itu pergi dengan sejuta kekesalan, dan kemudiannya mengutuskan sepucuk surat ringkas kepada gadisnya itu: “Sayangku, jagalah dirimu dengan sebaiknya dan tolonglah jaga baik2 dua mata yang telah aku berikan kepadamu.”


Kisah tersebut memperlihatkan bagaimana pemikiran manusia mampu berubah mengikut perjalanan hidupnya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang akan ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang mengingati kepada siapa harus berterima kasih kerana bersama2 merasakan dan mengalami keperitan hidup dan saat2 paling menyakitkan bersama-sama.

Hari ini sebelum kita melafaskan kata2 kasar mahupun kesat ingatlah seseorang yang tidak mampu berbicara.

Sebelum kita mengeluh mengenai citarasa makanan, ingatlah akan seseorang yang tidak mempunyai apa2 untuk dimakan..

Sebelum kita mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis meminta doa kepada Tuhan untuk menyembuhkan penyakit lumpuh suaminya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, ingatlah akan seseorang yang telah pergi ke alam kubur bersama kemiskinannya.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak namun tidak mendapatkannya.

Dan ketika kita mengeluh tentang kerja kita, ingatlah akan para penganggur yang begitu inginkan pekerjaan.

Oleh itu, ketika hidup kita ini dibebani dengan pancaroba yang akan menjatuhkan kita, senyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah kerana kita masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yang bermanfaat buat semua.


NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK  DALAM SETIAP DETIK HIDUP KITA, KERANA ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI untuk waktu selanjutnya !!!