Ketika kita hidup dalam kemalasan, mereka berjuang untuk masa hadapan.
Tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke
sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur
mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini.
Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagisemata-mata untuk merebut kerusi
dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di
sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi
di bahagian hadapan. Hebat!
Percaya atau tidak, ada yang unik di Sekolah Dasar di
Brebes, Jawa Tengah. Murid-murid kemasukan baru berangkat dari rumah sekitar
jam 3 pagi, dan mereka tiba di sekolah jam 4 pagi! Ketika azan Subuh pun belum
lagi berkumandang.
Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang
dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun
baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke
sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.
Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar
hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun
sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung
dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan
terdepan.
Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan
Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.
“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan,
kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar
Murni.
Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti
berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia
rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar
menjadi anak pandai.
“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.
Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku
dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah
menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan
pada tahun baru.
“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada
yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang
lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu
gerbang menjelang pukul 4 pagi.
Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan