Pengajaran dari kisah haiwan seterusnya ialah Siput dan
Katak. Kalau tak kenal tengok gambar bawah ni.. Heeee lawak kasar nampak…
Seekor siput sering merunggut kepada si katak. Siput tak
puas hati dengan si katak.
Satu hari, katak yang sudah mula kehilangan sabar berkata
kepada si siput: “Encik Put, apakah aku ada buat salah, sampai kau benci sangat
pada aku?”
Siput menjawab: “Kamu kaum katak ada empat kaki dan boleh
melompat ke sana ke mari, tapi aku kena memikul beban cengkerang yang berat ini
di atas belakang, merangkak dan mengesot di tanah dan aku tension gila dengan
hidup macam ini”. Jawab Encik Siput.
Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaan masing2,
kau hanya melihat kegembiraan aku, tetapi kau tidak pula melihat penderitaan
yang aku tanggung”.
Tiba2 seekor helang terbang kearah mereka, siput segera
masuk ke dalam cengkerang, sebaliknya katak menjadi santapan si Helang.
Akhirnya barulah siput sedar. Ternyata cengkerang yang
dipikulnya setiap hari itu bukanlah suatu bebanan, sebaliknya ada kelebihanya.
Moralnya teman2 semua, Nikmatilah kehidupan kita tanpa perlu
dibandingkan dengan orang lain. Iri hati dan hasad dengki pada orang lain akan
membawa lebih banyak penderitaan kepada diri kita sendiri. Lebih baik fikirkan
apa yang kita miliki kerana ianya akan membawa lebih banyak rasa syukur dan
kebahagiaan kepada diri sendiri.
Semoga bermanfaat buat semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan