Salam semua.. Bersua lagi kita. kali ini mari kita citer pasal Ketam pula. Teman2 siapa yang panas baran elok baca kisah
ini. Marah, geram, aaaarrgghhh..
Sepasang sahabat memancing ketam. Sebelum tu macam mana cara
memancing ketam?
Kedua sahabat tadi dengan menggunakan sebatang buluh kecil,
ikat tali dihujung buluh dan ikat batu supaya boleh tenggelam. Kemudian dua sahabat
itu hayunkan pula batu kepada ketam. Mereka
lakukan berulang kali. Baling dan hayun lagi kepada ketam sehingga ketam itu
marah, dan apabila ketam itu marah maka sudah tentu dia akan menyepit tali atau
batu itu dengan geram. Kepitan bila tengah geram pasti kuat dan sukar
ditanggalkan. So, apa lagi apabila kedua sahabat itu angkat buluh pancing
kelihatan ketam yang masih mengepit batu dalam keadaan marahnya
Kemudian sahabat itu pun perlahan2 membawa ketam yang masih
mengepit batu ditali itu terus ke dalam periuk yang sedang mendidih airnya. Kemudian
ketam yang dalam keadaan marah itu segera dicelupkan kedalam kuali. Apa lagi
menggelupur ketam kepanasan lalu melepaskan tali. Merah meyala badan si ketam
itu. Tidak lama kemudian dua sahabat itu dapat menikmati Ketam Rebus yang
sangat lazat.
Ketam itu terkorban menjadi hidangan lazat adalah kerana
kemarahannya. Ketam itu geram kerana diganggu dengan hanya sebatang buluh,
seutas tali dan batu kecil.
Moralnya kita sering melihat banyak orang yang gagal dalam
ujian, menghadapi masalah, hilang peluang, kehilangan pangkat bahkan hilang
segalanya kerana MARAH
How to make money from sports betting in 2021? - Work-Tomake Money
BalasPadamA betting strategy that 강원도 출장샵 relies on a combination 인천광역 출장마사지 of tips and logic to help you win at the 시흥 출장샵 sportsbook. Betting strategy involves picking which side has 문경 출장샵 the most หาเงินออนไลน์ wins.