Rabu, 5 Februari 2014

IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK - Part 5 (Inspirasi Sylvester Stallone)

Kisah Sylvester Stallone ini sudah cukup memberi motivasi buat semua... Beliau adalah ikon di zaman kanak-kanak dan remaja kita satu ketika dahulu...Hingga kini, Stallone masih mengekalkan popularitinya dalam indutri perfileman hollywood. Di sebalik kejayaan beliau sekarang, tahukah anda kisah duka beliau sebelum menjadi pelakon...? Sama-sama kita muhasabah diri dengan membaca kisah Sylvester Stallone ini...

 
                               John RAMBO


Aku sangat pasti anda kenal dengan gambar yang ada di atas. Jika tidak kenal sekalipun anda tahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon hollowood yang cukup terkenal. Filem lakonannya seperti Rambo, First Blood, Rocky dan lain-lain telah membawa nama pelakon ini ke pentas dunia glamour. Dia menjadi buah mulut ramai orang yang memuji lakonannya yang cukup mantap dan realistik dan disebabkan itulah, dia merupakan antara aktor hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu 20juta USD untuk sebuah filem!

Sangat mengujakan! Dia seolah-olah sudah mencapai satu titik nasib yang cukup sempurna dari kaca mata orang yang memandang. Dengan bayaran yang begitu tinggi, kemewahan adalah sesuatu yang pasti.

Namun,adakah dia pelakon yang memiliki bakat semula jadi? Tidak! Adakah kehidupannya sebelum bergelar pelakon adalah kehidupan yang hebat dan penuh dengan kemewahan? Tidak!

Tidak ramai yang mengetahui kisah silam pelakon mahsyur yang di beri nama Sylvester Stallone ini.

DILAHIRKAN CACAT

Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan menyebabkan beliau tidak dapat bertutur dengan baik. (tengok filem dia belakon tak banyak bercakap pun kan)

Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat janggal dan langsung tidak masuk akal! APAKAH IMPIANNYA? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!

Langkah pertama Stallone ialah dengan mendaftarkan diri ke kelas lakonan. Kemudian beliau menghadiri sesi ujibakat di sebuah syarikat perfileman. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya tidak menarik dan ditambah pula dengan lakonannya yang kaku, tiada pihak yang mahu mengambilnya menjadi pelakon.


Semua kegagalan ini disambut oleh Stallone dengan tabah. Semua kegagalan adalah pelajaran bagi beliau. Bagaimana akhirnya beliau boleh menjadi pelakon...? ketika menghadiri sesi ujibakat yang lain, beliau terus duduk di dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang untuk berlakon tanpa rasa malu dan segan. Beliau dah tekad.. Selepas berjam-jam lamanya, timbul rasa kasihan di kalangan orang-orang yang berada di situ. Mereka amat kagum dengan semangat Stallone yang tidak mengenal erti kekalahan. Beliau sentiasa mengubah strateginya untuk menjadikan impiannya satu kemestian...Akhirnya, Stallone mendapat watak kecil di dalam filem itu...Bagi beliau, inilah peluang yang tak mungkin akan datang lagi selepas ini dan memanfaatkannya dengan bersungguh-sungguh....


Malangnya, sesudah itu Stallone gagal mendapat peluang kedua dan gagal lagi pada peluang yang berikutnya...Isterinya menyuruhnya supaya lupakan saja impiannya itu dan mencari pekerjaan lain. Akan tetapi, Stallone tidak mengalah...


Pada suatu hari, Stallone jatuh miskin sehingga terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga USD50... Dia begitu sedih kerana anjing itu adalah sahabatnya...

Tidak lama selepas itu, Stallone telah menonton perlawanan tinju antara Muhammad Ali menentang Chuck Wepner. Ramai orang kata Chuck akan menyerah kalah selepas hanya beberapa pusingan. Tetapi, sangkaan tersebut meleset kerana Chuck bertahan sehingga 15 pusingan tanpa tumbang dan memberikan tentangan sengit terhadap Muhammad Ali...


Daripada perlawanan tinju itu, Satllone mendapat idea dan mula menulis skrip tanpa henti selama 84 jam...Filem itu diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utama dalam skrip filem tersebut. Stallone berasa teruja ketika menulis skrip itu kerana dia amat yakin skrip ini bakal mengubah nasib hidupnya yang miskin.


Selepas skrip selesai dikarang, beliau berusaha untuk menjualnya. Ketika itu, para penerbit filem mengganggap tiada orang yang akan menonton filem tinju. Skripnya ditolak mentah-mentah oleh produser filem.


Stallone masih tak kenal erti putus asa. Beliau yakin "produknya" itu amat berkualiti. Cuma penyampaiannya tidak kena. Stallone mengubah strateginya lagi dengan memperbaiki mutu percakapan dan penyampaiannya. Akhirnya, ada sebuah syarikat perfileman bersetuju untuk membeli skrip itu dengan harga USD75 ribu. Stallone sepatutnya gembira tetapi IMPIANNYA masih belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon, bukan penulis skrip. Beliau mahu menjadi inspirasi kepada orang lain. IMPIAN asalnya tidak dilupakan sama sekali.

 
Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat tersebut dengan bersetuju menjual skrip tersebut tetapi Stallone akan menjadi watak utamanya iaitu ROCKY. Produser tidak bersetuju kerana tidak yakin dengan kemampuan Stallone lalu menaikkan harga skrip tersebut dengan harga USD255 ribu dan seterusnya kepada USD1 juta tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya.


Akhirnya, syarikat filem mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat iaitu membayar
Stallone USD35 ribu untuk skrip dan lakonannya sekali. Selain itu, Stallone bakal mendapat royalti dari keuntungan filem tersebut. Stallone bersetuju....!!!


Perkara pertama yang dilakukannya selepas itu ialah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan dengan harga USD1000 untuk memiliki semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone bertekad sekali lagi, dia mesti mendapatkan anjingnya semula walau apa cara sekalipun. Itu adalah SATU KEMESTIAN baginya.

Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan USD15 ribu dan juga berpeluang berlakon dalam filem ROCKY. Apabila filem ROCKY ditayangkan, ia mencapai tahap BOX OFFICE dengan keuntungan melebihi USD171 juta. Bukan setakat itu sahaja, filem ROCKY dicalonkan di dalam 10 kategori anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Di dalam 10 pencalonan itu, filem ROCKY memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.


Selepas itu, Stallone mula mencipta nama menerusi filem seterusnya iaitu First Blood, Rambo dan ROCKY II. Jadi, apakah kesimpulan cerita kejayaan Stallone di atas...?


Orang yang kaya juga pada asalnya adalah miskin dan tidak mempunyai apa-apa...Aku agak terharu apabila Stallone terpaksa menjual anjingnya dan berusaha untuk mendapatkan kembali anjingnya walau apa jua cara sekalipun...


Oleh itu, kita semua juga boleh meniru kejayaan Stallone tetapi dengan syarat bermula pada HATI. Tukarkan impian anda kepada strategi dan seterusnya menukarkannya kepada tindakan. kalau gagal, tukar strategi dan lakukan tanpa memikirkan kata-kata orang lain. Anda yang nak berubah, bukan mereka. GAGAL adalah permulaan untuk BERJAYA.

Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!

Ia hanya bermula dari sebuah IMPIAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan