Teman2 semua mari kita bicarakan soal IMPIAN. Rata2 kita semua memiliki impian
hidup. Impian adalah perkara yang kita inginkan terjadi di masa akan datang.
Terdapat pelbagai impian dalam hidup seseorang yang waras. Biasanya semua yang
kita impikan adalah perkara2 yang baik2 tentunya.
Kali ini aku nak ajak semua
teman2 membuat pelbagai impian dalam hidup masing2. Oh ya sebelum itu, impian atau
matlamat ini ada terbahagi kepada 4 kategori iaitu mudah, sederhana, jangka
panjang dan impian.
Mari kita lihat sedikit berkenaan
matlamat2 ini. MATLAMAT MUDAH. Biasanya matlamat ini mudah untuk kita capai
atau laksanakan. Contohnya memiliki baju kemeja baru dari pasaraya tesco. Haaa,
dengan tak memerlukan fikiran yang panjang kita sudah boleh dapatkan baju
tersebut kan. Mudah sahaja, tak perlu pening2 kepala. Contoh lagi datang awal
ke tempat kerja/sekolah. Matlamat ini senang kita capai atau tunaikan dan
biasanya tidak melibatkan jangka masa yang panjang.
MATLAMAT SEDERHANA pula biasanya
mengambil masa 6 bulan ke setahun untuk
kita capainya. Matlamat ini boleh dicapai dengan usaha dan kesungguhan kita
untuk mendapatkannya. Contoh ingin mengurangkan berat badan dari 100kg ke 50kg.
Dengan kesungguhan anda berdiet dan pengorbanan tidak makan anda apabila
melihat menu hidangan lazat yang diletakkan dihadapan pasti ianya akan
membuatkan anda kurus suatu hari nanti. Pengorbanan dan kesungguhan yang anda
lakukan pastinya akan mendekatkan anda dengan matlamat sederhana yang anda
inginkan dalam hidup.
MATLAMAT JANGKA PANJANG. Apabila
berbicara tentang matlamat jangka panjang ini anda perlu mempunyai fokus dan
disiplin diri yang tinggi untuk mencapainya. Kebanyakan mereka yang mempunyai
matlamat jangka panjang akan menemui kegagalan sekiranya tidak fokus dan tidak
mendisiplinkan diri sendiri untuk berjaya. Contoh anda impikan di kala usia
anda 50 tahun anda sudah bergelar jutawan. Jika matlamat begini apa tindakan
yang perlu dilakukan anda ialah menabung dan menyimpan. Disiplinkan diri
menyimpan wang di samping fokus yang anda perlu letakkan terhadap impian
tersebut. Orang yang mempunyai disiplin dan fokus pasti akan mencapai kejayaan.
Bukan mudah hendak jadi jutawan dan bukanlah dalam tempoh yang singkat kita
boleh menjadi jutawan.
MATLAMAT IMPIAN. Matlamat impian
adalah sesuatu yang anda impikan atau gambarkan dalam fikiran anda. Biasalah
teman2 semua apabila kita membayangkan di kepala macam2 keinginan kita akan
menjelma. Ada yang terbayangkan ingin ke bulan, ada yang membayangkan ingin
menjadi hartawan terkaya, ada juga yang membayangkan ingin melancong ke semua negara,
ada juga membayangkan ingin membeli kapal terbang peribadi bahkan ada yang
turut membayangkan ingin memiliki pulau sendiri dan sebagainya. Matlamat impian
tidak semestinya realistik dan boleh dicapai, namun matlamat impian sebenarnya
merupakan pendorong paling utama dalam diri anda untuk lebih berjaya.
Percayalah bahawa setiap yang diimpikan dalam fikiran anda akan membawa anda
kepada impian itu. Jangan biarkan diri anda menyekat dan menghalang bayangan
impian hidup anda. Tiada matlamat yang lebih indah dari MATLAMAT IMPIAN. Tidak
salah menyimpan angan2 namun jangan biarkan hidup anda diselubungi angan2
sudahlah. Heeee
Nanti aku akan perincikan
MATLAMAT IMPIAN ini ditulisan yang akan menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan