Hai semua… Aku ingin sambung coretan aku tentang IMPIAN.
Semoga pembaca sekalian mempunyai impian yang ingin dicapai. Biasanya pemimpin2 yang hebat mereka
mempunyai gambaran yang jelas terhadap wawasan mereka. Wawasan yang pada
mulanya berlegar di fikiran sahaja ini kemudiaannya akan diterjemahkan dalam
bentuk2 gambaran yang boleh dilihat dengan mata dan disentuh rasa.
Kali ini aku nak ajar teknik atau
cara untuk berimaginasi terhadap impian2 anda itu. Bagi menambah ketenangan
anda bolehlah menggunakan mana2 musik instrumental alau relax music yang boleh
menenangkan otak anda. Mainkan music itu perlahan dan rasai ketenangan bersama
alunan music itu. Letak music dalam repeat mode, jika boleh jangan biar music
berhenti terlalu lama. Jauhkan fikiran anda dari memikirkan masalah2 yang ada. Ambil
sehelai kertas dan tuliskan impian2 anda. Senaraikan seberapa banyak yang
boleh. Tuliskan senarai impian hidupku dengan jelas sebagai tajuknya. Letakkan
senarai yang siap ditepi anda.
Kemudian pejam mata anda
perlahan2 sambil membiarkan diri anda ditenangkan oleh music yang merelaxkan
anda. Apabila telah merasakan ketenangan itu, anda perlahan2 membayangkan
matlamat2 yang telah anda senaraikan tadi satu persatu. Jika anda menyenaraikan
matlamat memiliki rumah mewah, maka bayangkan anda ketika itu sedang berada di
rumah mewah berkenaan. Cuba imbas senarai yang anda telah lakukan sebelum ini
dalam bentuk bayangan pula. Satu persatu lakukan. Rasai kehebatan apabila
matlamat anda itu benar2 anda dapat nikmati dalam bentuk imaginasi. Biarkan
gambaran impian2 itu berlegar2 perlahan dalam fikiran anda.
Setelah itu anda cuba alihkan bayangan
fikiran anda kepada cuma suatu impian yang paling anda inginkan untuk dicapai.
Biarkan impian ini menguasai sepenuhnya fikiran anda sambil relaxkan minda
dengan bunyi muzik. Nikmati sepenuhnya kegembiraan anda. Anda kini telah
mendapati impian itu satu kenyataan. Anda rasa hebat dan bergembira kerana
telah mencapainya. Rasai keseronokan itu beberapa minit.
Bukakan mata, ambil pen dan
kertas. Tuliskan mengapa anda perlukan sangat2 impian itu. Mengapa ianya
penting untuk anda capai. Jangan panjang sangat. Huuuu.. Buat dua salinan. Satu
dilipat dan dimasuk dalam wallet atau beg tangan anda, dan satu lagi ditampal
bersama Vision Board anda. Ingat semakin lusuh dan lunyai kertas itu, bermakna
anda semakin hampir dengan impian anda itu. Harap dapat disimpan dan dibawa ke
mana anda pergi. Bila ada waktu dan masa terluang, buka dan bacalah ia dan buat
renungan diri dimana anda pada waktu itu. Dekat atau jauhkah dengan impian itu.
Tentang vision board akan aku sentuh dalam coretan seterusnya.
Kalau nak tahu keajaibannya, anda kena buatlah sendiri. Rasai sendiri. Anda akan lihat dan berbangga suatu hari nanti dengan pencapaian anda. Percayalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan