PERATUS LULUS UJIAN MEMANDU KALI PERTAMA
Tak ramai yang tahu jumlah peratusan orang yang lulus ujian memandu kereta dengan sekali ambil sahaja di negara kita. Mari kita lihat sedikit maklumat berkenaan peratusan mereka yang lulus sekali ambil sahaja dalam ujian memandu kereta.
- Hanya purata sebanyak 51% sahaja yang akan lulus setiap kali mengambil sistem ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen di negara kita. Ini merupakan purata keputusan berdasarkan data dari tahun 2002 sehingga tahun 2008.
- Peratusan mereka yang lulus dalam ujian amali memandu kereta pula adalah sebanyak 74%. Ertinya dalam 100 orang yang menduduki ujian memandu kereta amali, seramai 74 orang akan lulus, dan hanya 36 orang biasanya gagal.
- Bagi mereka yang mengambil ujian amali memandu motosikal pula, peratusan yang lulus adalah sebanyak 81%.
Jika di lihat data di atas masalah besar yang dihadapi oleh orang yang nak ambil ujian memandu kereta adalah dalam bab ujian berkomputer. Ujian berkomputer memerlukan penghafalan dan kemahiran teori untuk membolehkan anda lulus dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan