Sejak tersebarnya kes penahanan suami isteri warga Malaysia
di Sweden oleh pihak berkuasa tempatan kerana memukul anak mereka yang tidak
solat, ramai masyarakat keliru dengan tindakan itu. Menghukum anak yang tidak
solat dibenarkan dalam Islam tetapi hukuman yang diberikan itu tidaklah sampai
mendatangkan kecederaan serius kepada anggota fizikal si anak. Sebaliknya
hukuman seperti itu menyalahi pula undang2 di beberapa negara Barat dan Eropah.
Memandangkan pasangan itu berada di Sweden, maka pihak berkuasa tempatan
mengambil tindakan berlandaskan undang2 yang dipraktikkan di negara itu sejak
1979, dimana hukuman atau denda terhadap kanak2 adalah kesalahan jenayah.
Di Sweden, mereka mengamalkan no spanking law, iaitu undang2
melarang ibu bapa menghukum anak dengan cara memukul. Meskipun pukulan itu
tidak meninggalkan kesan namun ia tetap dianggap menyalahi undang2 Sweden,
malah menengking pun tidak dibenarkan. Undang2 itu diperkenalkan bagi
membendung kes penderaan.
Namun begitu, sesetengah pakar di Sweden berpendapat,
semenjak undang2 itu dilaksanakan, kanak2 di Sweden menjadi degil dan biadap. Malah
ada kalangan kanak2 di Sweden mula menuntut hak sama rata dengan orang dewasa.
“Apa cer bila kanak2 pulak menjadi penentu keputusan
keluarga seperti bila nak makan, nak tidur, menenonton TV dan sebagainya, tak
ke haru tu”
Bawah ni negara2 yang melarang sepenuhnya menghukum kanak2
SWEDEN – 1979
FINLAND – 1983
NORWAY – 1987
AUSTRIA – 1989
CYPRUS – 1994
DENMARK – 1997
LATVIA – 1998
CROATIA – 1999
BULGARIA – 2000
ISRAEL – 2000
JERMAN – 2000
ICELAND – 2003
UKRAINE – 2004
ROMANIA – 2004
HUNGARY – 2005
GREECE – 2006
BELANDA – 2007
NEW ZEALAND – 2007
PORTUGAL – 2007
URUGUAY – 2007
VENEZUELA – 2007
SEPANYOL – 2007
TOGO – 2007
COSTA RICA – 2008
REPUBLIC MOLDOVA – 2008
LUXEMBOURG – 2008
LIECTENSTEIN – 2008
POLAND – 2010
TUNISIA – 2010
KENYA – 2010
REPUBLIC CONGO – 2010
ALBANIA – 2010
SELATAN SUDAN – 2011
HONDURAS – 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan