Suatu masa lalu, ada seorang gadis buta yang sering
menyesali akan kekurangan dirinya sendiri. Dia bukan hanya membenci dirinya
sendiri malah semua orang kecuali kekasihnya.
Sang kekasih sering berada di sampingnya sebagai peneman dan
penghibur yang setia. Dia sering menyebut akan menikahi gadis buta itu jika gadis
itu sudah boleh melihat dunia.
Suatu hari, ada seorang yang ikhlas hati menderma sepasang
mata kepada gadis itu. Dengan kehendak yang Maha Esa si gadis itu dapat melihat
segala-galanya termasuklah kekasihnya itu.
Lalu bertanya si kekasih kepada si gadis: “Sayang, sekarang
kamu sudah boleh melihat dunia”. Apakah engkau sudi berkahwin dengan aku”?.
Gadis itu terkejut ketika melihat bahawa kekasihnya itu adalah buta. Dengan bersungguh-sungguh
dia menolak untuk menikahi kekasihya itu yang nyata sangat setia mendampingi
hidupnya selama mana dia buta.
Akhirnya si kekasih itu pergi dengan sejuta kekesalan, dan
kemudiannya mengutuskan sepucuk surat ringkas kepada gadisnya itu: “Sayangku, jagalah
dirimu dengan sebaiknya dan tolonglah jaga baik2 dua mata yang telah aku
berikan kepadamu.”
Kisah tersebut memperlihatkan bagaimana pemikiran manusia
mampu berubah mengikut perjalanan hidupnya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang
akan ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang
mengingati kepada siapa harus berterima kasih kerana bersama2 merasakan dan
mengalami keperitan hidup dan saat2 paling menyakitkan bersama-sama.
Hari ini sebelum kita melafaskan kata2 kasar mahupun kesat
ingatlah seseorang yang tidak mampu berbicara.
Sebelum kita mengeluh mengenai citarasa makanan, ingatlah
akan seseorang yang tidak mempunyai apa2 untuk dimakan..
Sebelum kita mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan
seseorang yang menangis meminta doa kepada Tuhan untuk menyembuhkan penyakit
lumpuh suaminya.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, ingatlah akan
seseorang yang telah pergi ke alam kubur bersama kemiskinannya.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, ingatlah akan
seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak namun tidak
mendapatkannya.
Dan ketika kita mengeluh tentang kerja kita, ingatlah akan
para penganggur yang begitu inginkan pekerjaan.
Oleh itu, ketika hidup kita ini dibebani dengan pancaroba
yang akan menjatuhkan kita, senyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah
kerana kita masih hidup dan ada di dunia ini.
Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan
isilah hidup ini dengan sesuatu yang bermanfaat buat semua.
NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DALAM SETIAP DETIK HIDUP KITA, KERANA ITU
TIDAK AKAN TERULANG LAGI untuk waktu selanjutnya !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan