Siapakah kalangan anda yang selalu mengeluh. Sering
MENGELUH? Padahal kita telah dikurniakan sepasang lengan yang kuat untuk
mengubah dunia. Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?. Padahal kita telah
dianugerahkan kecerdasan yang membolehkan kita memiliki segalanya.
Adakah kita masih amhu mengeluh?. Lantas menyingkirkan beban
dan tanggungjawab sendiri. Janganlah kekuatan yang ada pada diri kita terhakis
kerana adanya sifat mengeluh dalam diri. Marilah kuatkan hati. Tegakkan bahu. Jangan
biarkan semangat hilang hanya kerana kita tidak tahu jawapan untuk setiap
masalah yang kita alami.
Jangan biarkan masalah membunuh keunggulan diri sendiri.
Tarik nafas dalam2. Tenangkan hati anda. Carilah cahaya baru yang mampu
menerangkan semula hati anda. Apa lagi mulakanlah mengatur langkah baru.
Ingat teman2. Sesungguhnya masih ada orang lain yang lebih
layak mengeluh berbanding diri kita. Lebih menderita sehingga tidak terdaya
lagi bersuara bicara mengeluh. Bebanan kehidupan mereka,dihadapi dengan tenang
daripada membutirkan kesesalan. Jika mereka mampu sedemikian mengapa pula kita
yang memiliki segalanya lebih suka mengeluh daripada menghadapi tentangan
kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan