Aku kongsikan artikel yang aku kira bermanfaat buat semua teman2. Moga dapat menambah pengetahuan
Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal
perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog
ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak
salahkan?!
Just nak sedarkan dari terlambat dan
sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai
orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk
sedarkan seramai mungkin orang yang masih tidur.
Siapa yang baru sahaja pulang dari
umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin
maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah
dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi
tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat
struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan
kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang
dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak
terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur
bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan
binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana
terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk
memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan
tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana
kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur
tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan
Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan
suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan
pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas
untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan
seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah
tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu
sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan
Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan
pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja
dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga
digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".
Keyword disini ialah PENJAGA dan
bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep
MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin
negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat
autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan
orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat
dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan
diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila
seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah
wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat.
Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa
perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang
berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka
sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian
untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan
Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah
pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah
Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak
bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata
dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju
bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah.
Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik
rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan
kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pula dibina
cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan
McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat
permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah
menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu
menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam
ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang
umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji
dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan
Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk
beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan
kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan
mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji
negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik
jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya
digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh
buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik
keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka
atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau
dipersoalkan.
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita
kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan
Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau
kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di
gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas
tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita
dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam
kepada kita.
*Bagi yang tidak keberatan untuk
share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post
ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan
post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/