Salam.. Bertemu lagi semua. Pagi ni aku nak
sambung coretan semalam pasal “Bila agaknya aku akan dapat kerja”. Kira yang ni
part 2 lah. Teman2 kena baca dulu part 1. Wah wah macam ada kesinambungan
cerita pulak.. Apa pun layan je..
Kisah kali ini tentang wife aku pula yang
pergi interview. Untuk keje government. Niat nak membantu suami tambah
pendapatan agaknya.. haaa.. Wife aku berhenti kerja di company dulu sebab ikut
aku bertukar kerja di Penang. Apa boleh buat kan.. So dia ambil keputusan
behenti. Terima kasih isteriku.
Cerita ini aku nak kaitkan dengan harapan
insan lain apabila si isteri mendapat peluang hadir temuduga. Teman2 mungkin
juga ada persamaan dengan aku dalam hal ini. Begini ceritanya. Baru2 ini wife
aku ada dapat panggilan temuduga dari SPA Malaysia. Jawatan gred N41. Tak perlu
mention jawatan apa lah kan. Panggilan menghadiri temuduga dibuat secara
online. Di hantar ke emel. Nasib tengok emel kan, kalau tak pakai terlepas lah
terus. Tapi itu alternative sahaja dari SPA sebab, surat turut dihantar
sebenarnya. Terima kasih.
Dalam surat mencatat keperluan untuk
menghadiri interview. Perlu lulus ujian fizikal terlebih dahulu sebelum layak
ke interview. So, buka lah laman web SPA tengok berapa kekosongan jawatan tu.
38 sahaja kekosongan. Tengok yang layak dan terpilih atau yang dapat surat
panggilan 40ribu lebih. Pergghhh. Berbalik kepada apa yang tertulis di surat
tadi. Perlu lulus ujian fizikal. Apa tu. Pertama pemeriksaan tubuh badan. Mata,
telinga. Tengok rabun ke tidak. Dengar ke tidak. Tinggi & berat berapa. BMI
lepas ke tidak. Kedua, Kawad. Ketiga lari ulang alik kurang 12 saat. Keempat,
Lompat jauh dengan kedua belah kaki. Ada jarak yang telah ditetapkan. Kelima,
Bangun tubi 28 kali dua minit. Keenam, Larian 2.4 km dalam masa kurang 17 minit.
Yang aku ceritakan ini untuk perempuan. Lelaki lebih singkat masanya, dan lebih
banyak kalinya. Aku tahu sebab sepupu aku yang lelaki pun dapat interview tu.
Bila dah dalam surat tertera semua
keperluan tu, apa lagi berbincanglah aku ngan wife. Macam mana ni. Boleh ke
tidak. Sangup ke tidak. Aku yang paling semangat suruh dia pergi. Ye lah nak
keje government kan. Alasan yang dia beri dia tak pandai berkawad langsung. Dan
tak boleh bangun tubi. Macam2 kata semangat aku berikan kepada dia. Ada 10 hari
lagi boleh bersedia. Kita berlatih lah time tu. Yang penting kita enjoy aku
cakap. Tapi jauh dilubuk hati memang mengharap wife dapat kerja tu. Dia ada
degree dan master.
Setiap hari sebelum aku gerak ke tempat
kerja aku akan pastikan wife lari 2.4km di taman dekat rumah kami. Lepas subuh
aku akan suruh dia lari. Aku set jam analog aku. Sebelum 17 minit aku suruh
wife jangan berhenti. Sebelum tu aku dah sukat jarak 2.4 km tu jauh mana. So,
dia ikut laluan tu je lah setiap pagi. Bila dia dah tamat 17 minit larian tu
baru aku gerak g kerja. Setiap hari macam tu. Kalau pagi hujan aku akan lari
dengan dia sebelah petang lepas balik kerja. Perempuan kan perlu dorongan
lelaki. Haaa.. Aku buat setiap hari larian menjelang interview. Nampak makin
bertenaga dia saban hari. Bagus. Aku Berjaya. Heee…
Rutin kedua aku selepas balik kerja ialah
mengajar wife kawad. Sememangnya aku sangat aktif dalam dunia beruniform semasa
sekolah dahulu dan di Universiti. Nak pula aku pernah bertugas di Kementerian
Pertahanan. Kawad adalah makanan aku lah. Kawan2 selalu cakap aku ni tentera
sebab boleh memberi arahan/hukuman kawad dengan baik. Heee… So tak ada masalah
untuk aku ajar wife. Aku ajar basic je. Rehatkan diri, senang diri, sedia,
berpusing statik, berjalan lalu, hentak kaki, hormat kehadapan. Aku fikir ini
pun sudah memadai buat wife untuk hadir interview tu sebab dia bukan interview
nak jadi askar. Cukup sekadar basic je la. Nak tahu belajar di mana di ruang
tamu rumah. Wife yang pada mulanya malu makin hari makin serius dan cekap
berkawad. Aku bukan nak puji dia, tapi betul dia kawad nampak cantik. Pegerakan
teratur. Kira macam dah lama berkawad lah. Yang lebih lucu balik kampong pun
aku ajar berkawad depan mentua dia. Ruang tamu rumah abah luas. Apa lagi jadi
tempat latihanlah. Siap pakai kasut dalam rumah. Bukan apa nak bagi biasa
dengan kawad berkasut. Pak mentua senyum tengok menantu dia sorang ni. Apa nak
jadi. Haaaa…
Selepas itu buat pula ukuran untuk lompat
setempat dengan kedua2 kaki. Dalam rumah juga cuba. Memang aku belikan dia
kasut yang grip supaya tak tergelincir bila mendarat nanti. Bila dah buat
ukuran, maka melompatlah. Tapi latihan ni tak lah banyak masalah sebab hanya melompat
dan beberapa kali dapat lepas dengan mudah. Cuma natijahnya ialah sakit
bahagian perut dengan pinggang la.. sakit urat..
Latihan seterusnya larian ulang alik dalam
masa kurang 17 saat. Larian ulang alik
ini pun berlatih dalam rumah je. Pakai agak2 je jaraknya.. Tidak lah terlalu sukar
kot.
Last latihan yang wife buat ialah bangun
tubi. Yang ini paling bermasalah. Dia memang tak boleh buat bangun tubi. Memang
tak naik. Lepas berhari-hari mencuba dapatlah buat 5 ke 8 kali sahaja. Itu pun
sakit perut katanya. Aku dah agak dia memang tak mampu lakukan tapi tetap
memberikan kata2 semangat untuk kuatkan azam dia. So, peringkat2 latihan ini
dia akan buat sendirian d rumah time aku pergi bekerja. Bila aku balik kerja
first soalan aku, “ada buat latihan tak hari ini". Lepas tu baru tanya masak apa. heee
Diringkas cerita, hari interview pun
sampai. Aku ambil cuti bawa dia ke pusat interview. Lagi pun dia tak tahu nak
pergi sendiri. Pusat interview dibuat di Penjara. Bila sampai saja tengok
kereta penuh bersusun. Ramai betul orang . Yang datang tu, ada suami, ada
anak2, ada mak ayah yang mungkin sama denganku memberi sokongan dan semangat
kepada orang tersayang. Dipendekkan cerita,
ujian fizikal dimulakan terlebih dahulu. Bermula dengan pemeriksaan kesihatan,
tubuh badan, pengecaman warna, pendengaran dan hal2 lain berkaitan diri. Ramai jugak
aku tengok keluar awal, tanda tak lepas di bahagian2 tertentu. Tengok macam
hebat2 belaka, namun yang berkacamata awal2 lagi ditolak. Bilangan calon ujian
fizikal makin lama makin berkurang. Kekurangan sedikit pun terus ditolak. Dalam
kepala aku berfikir, ramai orang yang memohon patut ketat ujian dan tapisan
yang mereka buat. Ye lah lebih 40,000 orang memohon, nak pakai hanya 38 orang saja. Calon lulus
atau gagal boleh kenal melalui borang yang mereka bawa keluar dari pusat ujian.
Aku tunggu di luar je. Borak dengan saudara seagama yang menghantar anak dan
isteri. Sama nasib. Heee. Kalau borang putih
ditangan, gagal. Dan kalau ditangan ada boring warna kuning, lulus. Dari jauh aku
Nampak wife bawa borang warna kuning. Alhamdulillah.
Wife cakap ujian selanjutnya pukul 12.00
tengahari. Yang first td tu just periksa fizikal saja, kemudian kawad. Wife cakap
orang tu puji dia berkawad lenggang cantik. Tangan lurus. Nampak macam terrorlah.
Tengok lah jurulatihnya siapakan. Heee…
Diringkaskan lagi, sesi tengahari pula. Ujian
bermula dengan larian ulang alik. Macam yang aku cakap awal tadi. Tiada sebarang
masalah bagi wife aku. Namun ada calon lain yang tidak mampu lakukan. Seterusnya
lompat dengan kedua belah kaki. Wife aku menjadi satu2nya calon yang berjaya dengan
sekali sahaja lompatan. Calon lain berulang kali juga diberi peluang untuk
membantu mereka. Ada yang lepas dan ada yang terkandas di ujian itu. Setelah
itu ujian bangun tubi. Ujian yang sememangnya aku risaukan. Dengan izin Allah
berlaku keajaiban. Dengan slumbernya wife dapatkan 30 kali tanpa sebarang masalah dalam masa
kurang 2 minit. Dasyat. Aku tahu kekuatan itu datang dari Allah kerana sebelum
ke pusat ujian pagi tu wife aku dah call mak dan abah aku minta buat solat
hajat. Agaknya mungkin itu kekuatan yang tiba2 muncul tu. Dia cakap macam ada
tangan tolak dia dari belakang semasa buat bangun tubi. Hanya Allah yang tahu.
Last sekali, hanya 4 orang sahaja yang tinggal. 3 perempuan dan seorang lelaki.
Hebat orang perempuan, kalah lelaki. Heee
Dalam pukul 12.45 tengahari, 4 calon akhir
ini dibawa ke padang bola. Mereka ditaklimatkan supaya berlari sebanyak 6
pusingan untuk mencapai jarak 2.4km. Tips diberikan juga jangan berhenti. Teruskan
berlari anak jika tak larat. Jangan sesekali berjalan. Aku berada di tempat
duduk penonton memerhatikan. Padang bola boleh tahan luasnya. Bila wisel ditiup
maka berlarilah 4 calon akhir tadi. Bagi perempuan perlu menghabiskan larian
bawah 17 minit. Kelihatan 3 calon lain terus memecut dihadapan dan mengekalkan rentak
larian. Wife aku sejak wisel ditiup tadi memang sudah ketinggalan dibelakang. Tapi
tak apalah sebab kita bukan bersaing dengan orang.. kita bersaing dengan masa
jerit aku dari atas tempat duduk penonton. Setengah pusingan padang wife aku
kena tinggal dengan 3 peserta lain. Aku lihat masa jam tangan aku. Untuk pusingan
pertama dalam 2 minit 15 saat. Dalam hati, kalau wife kekalkan larian macam tu
pun dah cukup untuk layak dan lulus. Namun, aku tengok makin perlahan. Sudah mula
menunjukkan berat kaki. Dah hampir nak berjalan. Peserta lain berjalan juga
tetapi berjalan laju. Wife aku berjalan tapi berjalan ala di pasar malam. Heeee…
jauh dia kena tinggal. Pusingan ke 3 masa wife sudah mula jauh. Dalam 3 minit
lebih. Sebab dah mula berjalan. Datang pegawai pengendali ujian, Encik kena
push wife sikit, saya tengok macam dah tak mampu. Aku apa lagi dari atas stage
penonton aku jerit “wooi peserta baju kuning, lari la”. Suara orang yang pernah
ajar kawad mahunya tak kuat. Terkejut wife dia pun lari laju. Heee… masuk
pusingan 4 wife memang dah tak larat sangat dah. Kata pegawai tadi sekali lagi,
“Encik kalau nak lari sekali bagi semangat pada wife silakan”. Aku apa lagi terus
capai air bawa terus kepada wife, sambil lari dia teguk air. Bagi kata2
semangat dan lari bersama2. Dah lah aku pakai jeans. Heee… Wife memang dah
cakap melalut dah. Mata pun sudah hampir terpejam. Aku lari dengan dia sambil
ucap kata2 semangat. Wife pula cakap melalut-lalut. Dia dah terlampau penat.
Alhamdulillah Berjaya lengkapkan 6 pusingan dalam masa 16 minit 33 saat. Fuh
selamat. Sebenarnya cuaca time itu sangat panas. Sebab semalam cuaca hujan. Tengahari
itu memang panas betullah. Tak nampak awan langsung dilangit. Yang Nampak biru
je. Tompok putih awan memang tak ada time tu. Panas sangat. Aku pun semput
gak.. heee
Ringkaskan. Bila semua 4 peserta tamat ujian
dan kesemua lulus. Maka taklimat ringkas diberikan untuk hadir ditempat sama
pada esok hari untuk sesi interview bersama panel pula. Dari taklimat itu
barulah aku tahu bahawa ujian dan interview yang isteri aku hadiri itu merupakan
hari terakhir pengambilan selepas 2 minggu tempoh pengambilan dibuat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak. Patut sepupu aku melalui interview lebih awal. Setiap hari dalam
tempoh 2 minggu itu ada ujian dan interview. Dasyat… nak pakai 38 saja kan… Dalam perjalanan pulang wife pitam sampai termuntah di tepi highway. Penat bonar.. heee
Sambung di part 3
terbaik la coach. apa keputusan ujian fizikal dan temuduga tu coach? citer la. kami nak tahu. #inspirasi
BalasPadamResult mcm mana?
BalasPadamSaya pom nak tahu
BalasPadamMacam mana keputusan wife tuan
BalasPadamRezeki Isteri tuan dapan suami yang bagi semangat dan pendorong.Ssmoga Bahagia hingga ke Jannah
BalasPadam