Assalamualaikum
teman2 sekalian..
Hari ni rasa nak coretkan tentang bola semalam. MU VS
Chelsea. Keputusan 3 Chelsea, MU 1. Buat aku yang memang peminat MU ni rasa
dukacita jugak lah dengan keadaan kelab sekarang ni.. Namun apa boleh buat kejayaan dan kegagalan itu selalunya datang dan pergi.. Peminat tegar
tetap akan menonton walau jam 2 pagi dan ditambah perit pula dengan kekalahan.
Biasa lah tu kan.. Peminat tegar tidak mudah goyah punya... heeee. Aku ada
sikit yang mahu dikongsi dengan semua teman2 khasnya peminat MU. Yang tak minat
pun boleh je membaca.. tak jadi kesalahan.. heee.. Sebab ianya cerita kejayaan..
Kelab
Bola Sepak Manchester United bermula sebagai Newton Health LYR FC pada 1878,
iaitu pasukan pekerja depot Newton Health daripada Lancashire and Yorkshire
Railway. Hari ini, kelab yang kini berpusat di Stadium Old Trafford, di Greater
Manchester ini adalah kelab yang paling berjaya dalam sukan bola sepak Inggeris
dan mungkin juga paling diikuti dalam sejarah sukan bola sepak. MAN U ialah
sebuah perniagaan yang bernilai 1 bilion pound yang berteraskan bola sepak,
barangan, dan televisyen. Kebanyakan peminat MAN U bukanlah mereka yang tinggal
di England sebenarnya.
Newton
Health FC hamper muflis namun diselamatkan oleh Pengarah Urusan Manchester
Breweries, J.H Davies, pada 1902. Davies kemudiannya memutuskan untuk menukar
nama kelab agar nasibnya juga berubah. Selepas menimbangkan nama ‘Manchester
Central’ dan ‘Manchester Celtic’, beliau telah bersetuju dengan nama yang
dicadangkan oleh Louis Rocca (pendatang berbangsa Italy) iaitu “MANCHESTER
UNITED”. Beliau juga menukar jalur
daripada warna hijau dan keemasan kepada warna merah dan putih.
Nanti aku sambung.... pedih mata pulak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan