Cuti Bulan 12 lalu memang jalan pusing KL. Salah satu tempat yang kami sekeluarga pergi ialah IKEA. Tak pernah sampai. Bila sampai tak larat pulak nak berjalan. Luas bukan main. Kebetulan hari gi pulak 25/12 (hari Krismas). Lagi ramai lah orang sampai nak park kereta pun payah. Tak puas rasa sebab terlalu ramai orang. Aku rasa tak selesa pulak nak membeli bila terlalu ramai orang ni. Sempat beli benda kecik2 ja. Jadilah dari pergi letih saja. heee. Dengar kata nak buka di Penang lepas ni. Macam best je.. Sesapa yang dah sampai tahu lah IKEA ni apa. Yang belum sampai baca je kisah di bawah. Yang gemarkan cerita motivasi juga elok baca. Mana tahu anda boleh ikut cara Uncle Kamprad ni berbisness. Dasyat tu. Apa yang boleh aku cakapkan, "Setiap kejayaan adalah bermula dari suatu langkah yang kecil". Jom layan....
IKEA ialah pembekal perabot dan
perhiasan yang terbesar di dunia. Mempunyai 251 buah kedai yang difrancaiskan
di 34 buah negara. IKEA ditubuhkan pada 1943, berhampiran Almhult di Sweden
oleh seorang pengusaha muda yang bernama Ingvar Kamprad. Nama kedai adalah
akronim bagi ‘Ingvar Kamprad , Elmtaryd, Agunnaryd’ bertepatan dengan bahasa
Yunani ‘oikia’ (rumah).
Ketika menubuhkan IKEA, Kamprad
baru berusia 17 tahun. Bapanya memberikan modal permulaan sebagai hadia
kejayaan Kamprad di sekolah. Datuknya membunuh diri dengan menggunakan senapang
patah apabila dia tidak dapat menebus gadaian ladangnya. Hal itu yang memberi kekuatan
kepada Kamprad untuk mendapatkan wang
dengan apa cara sekalipun. Ketika berusia 5 tahun, dia membeli mancis
secara pukal dari Stockholm dan menjualnya kepada jiran dengan basikal. Ketika berusia
belasan tahun dia mula menjual apa sahaja yang ada di pasaran dan yang boleh
mendapatkan diskaun seperti ikan, pena, kad Krismas, benih, dompet, alas meja,
bingkai gambar, jam, barang kemas dan stoking nilon. Dia melakukan
perniagaannya dari sebuah bangsal di ladang keluarga dan kemudiaannya menerusi
pesanan pos, menggunakan van untuk membuat penghantaran.
Apabila usianya mencapi 21
tahun, Kamprad menjual perabot dan barangan lain dari kedai IKEA yang pertama,
yang terletak di selatan Bandar Almhult, Sweden. Pada 1951, dia menghasilkan catalog
IKEA sendiri. Tekanan dari seorang pesaing mendorong beliau membuka sebuah
kedai pameran di mana pelanggan boleh melihat, menyentuh dan merasai mutu
barangan itu. Pada 1955, beliau mula beralih kepada mereka bentuk perabot.
Akibat diboikot oleh usahawan tempatan kerana menjual perabot dengan harga
lebih murah, Kamprad beralih pula meneroka pasaran Poland. Di Poland beliau bertemu
pembuat yang boleh membekalkan dia dengan komponen yang lebih murah dan boleh
dipasang daripada kotak yang leper. Maka, lahirlah IKEA yang kita kenali hari
ini.
Kedai pertama di luar Sweden dibuka di Asker, Norway, pada 1963. Seterusnya kedai dibuka pula di pelbagai negara seperti Denmark (1969), Switzland (1973), Jerman dan Jepun (1974), Amerika Syarikat (1985), United Kingdom (1987), China (1998), Rusia (2000), Malaysia (2003) dan Turki (2005).
Kamprad sering memberi motivasi
kepada pekerjanya. Beliau menyatakan dalam bukunya “Menjadi tanggungjawab kami
untuk berkembang” dan beliau merayu kepada pembaca : “ Bahagikan hidup anda
kepada unit 10 minit dan korbankan sedikit yang boleh dalam perkara tidak bermanfaat… Membazirkan sumber itu berdosa… Kebahagiaan
seseorang bukanlah untuk mencapai matlamat seseorang, tetapi untuk berada dalam
perjalanan itu”.
Kedai IKEA lazimnya mengikut dua atau tiga reka bentuk. Reka bentuk terbesar adalah “Kotak Biru” yang membawa pelanggan berjalan melalui bilik pameran perabot dan barangan rumah dengan pelbagai pilihan. Pelanggan kemudian ke gudang untuk mengambil kotak leper dan dari situ terus ke kaunter juruwang. 12,000 barangan direka bentuk di Sweden tetapi dibuat oleh 1,300 pembekal di 53 negara membangun untuk mengurangkan kos.
Hari ini IKEA merupakan
perniagaan bernilai AS$ 15 bilion dengan 104,00 pekerja, yang dikuasai oleh
struktur pegangan peribadi yang dimiliki oleh keluarga Kamprad dan beribu
pejabat di Belanda. Yayasan bernilai AS$ 36 bilion di anggap oleh majalah
Economist sebagai badan kebajikan terkaya di dunia. Gelaran dan hak istimewa
tidak dibenarkan, memakai sut dan tali leher tidak digalakkan, pengurus atasan
terbang dengan kelas ekonomi dan minggu ‘antibirokrasi’
menyaksikan eksekutif memunggah barangan dari trak dan menjaga mesin juruwang.
IKEA sudah dua kali dinobatkan sebagai satu daripada 100 Syarikat Terbaik Untuk
Ibu Bekerja dan pada 2006, mendapat tempat ke 96 dalam majalah Fortune
bagi 100 Syarikat Terbaik Untuk Bekerja.
Kamprad dan keluarganya hidup
bebas daripada undang2 percukaian Sweden di Switzerland sejak 1976. Lelaki
paling Berjaya di Eropah dan salah seorang paling kaya di dunia dan pernah
mengatasi Bill Gates di tempat pertama. Memiliki estet di Sweden dan kebun
anggur di Perancis tetapi memandu kereta Volvo terpakai, menaiki keretapi kelas
ekonomi, gemar tawar menawar dan menggalakkan pekerja menulis pada kedua belah
halaman kertas. “ Bagaimana saya boleh minta orang menggunakan kelas ekonomi
sedangkan saya menggunakan perjalanan serba mewah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan