DOA SENJATA KITA!!
Diceritakan dalam sebuah hadis. Allah mengutuskan malaikat Jibril AS menemui malaikat Malik penjaga pintu neraka dengan tujuan untuk mendapatkan api kepada Nabi Adam supaya dapat digunakan untuk memasak.
Kata Jibrail: Wahai Malik, aku diutus Allah untuk mengambil
api neraka bagi kegunaan Nabi Adam. Malik penjaga pintu neraka bertanya: Wahai Jibril berapa banyak yang kamu
inginkan?. Berkata Jibril: Sebesar
biji Kurma. Malaikat Malik berkata: Tahukah
kamu wahai Jibril bahawa, andai aku berikan kepada kamu api neraka sebesar biji
kurma maka akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan
kepanasan akan api neraka tersebut. Dan Jibril berkata lagi: Jika begitulah yang akan terjadi, maka
berikan kepadaku separuh daripada biji kurma. Kata malaikat Malik pula: Andai aku berikan separuh daripadanya
sepertimana yang diminta itu, ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan
air hujan walau setitik pun kerana kepanasan api neraka tersebut dan ini akan
menyebabkan bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman serta kering-kontang.
Mendengar begitu Jibril berdoa memohon petunjuk dan Allah
berfirman : Ambillah sebesar biji sawi.
Kemudian Jibril mengambil sebesar biji sawi dan membawanya ke syurga untuk
dibasuh di 70 buah sungai yang berada di syurga. Kemudiannya Jibril turun ke
bumi dan meletakkan api tersebut di atas gunung yang tinggi. Gunung yang kukuh itu tiba2 ranap dan melebur. Hancur sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan