Sabtu, 18 Januari 2014

HAIWAN PUN MAMPU BUAT KITA BERFIKIR!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua teman2..

Mari sama2 kita memulakan perjalanan hidup pada hari dengan keceriaan dan senyuman. Semoga kehidupan hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya...

Sedikit perkongsian dan renungan untuk kita bersama..

Keistimewaan haiwan jika dikaji dan disingkap pasti mampu membawa kita kepada kebesaran Allah.

cacing yg telah buat pembedahan plastik & pasang gigi
Cacing haiwan tak berkaki.. tak bermata.. tak bertangan.. tak bertelinga... bahkan tak berjantung dan berhati barangkali bukan. Namun teman2 jika kita renungi kejadiannya sudah pasti kita sewajarnya berasa malu yang teramat sangat.. Kita kadang2 mengeluh dengan problem seharian... berasa kesal kerana tidak memiliki apa yang orang lain miliki. Nah.. itu sememangnya perangai manusia..

Mari berbalik cerita si cacing ini. Cacing tanah sebagai contoh mampu membuat lubang dan hidup di bawah tanah. Terus membiak seperti Sunnatullah. Cacing sudah tentu tidak dikurniakan kenikmatan seperti mana dimiliki manusia. Namun tetap hidup.. Mata pun tiada namun tetap mampu meneroka tanah dan membina empayarnya sendiri..



TAPI kita teman2.. dengan kurniaan segala-galanya yang kita ada ini TIDAK MAHU menjadi seperti si cacing.. Macam2 alasan kita lontarkan untuk mengiyakan ketidakmampuan kita berdepan masalah.. Itu lah.. inilah... yang akhirnya membuatkan kita tidak ke mana2..  "KO BOLEH LAH SEBAB KO ADA ITU, ADA INI, AKU TAK ADA" . Alasan sering kita gunakan untuk meyakinkan orang lain mengapa kita tidak boleh. MARI LIHAT DAN RENUNG KEMBALI, CACING DENGAN SEGALA KEKURANGAN YANG ADA MAMPU TERUS HIDUP TANPA BANTUAN SESIAPA.. NAMUN KITA YANG SEMPURNA SIFATNYA INI SEBALIKNYA TIDAK MAMPU TERUS BERJUANG WALAUPUN MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI INSAN2 LAIN DI SEKELILING KITA.

senyuman si cacing

iiisssssyyyy tak mungkin kita lebih teruk dari si cacing kot..!!!!

1 ulasan: