Hai semua.. bertemu lagi… hari ini aku nak sambung tulisan “Bila
agaknya aku akan dapat kerja” – part 3 lah yang ni.
Sambung kisah wife aku yang dah dapat ke sesi interview.
Wife aku bersama 3 yang lain diminta datang sesi interview
pada esok harinya. Balik rumah hari tu memang tak buat apa2. Sakit badan suma
mula terasa wife cakap. Study untuk interview pun tak. Nasib baik dia dah study
awal walaupun belum tentu layak ke interview. Kata orang sediakan payung sebelum
hujan. Kira peribahasa tu kena sangat dengan situasi tu. Heeee. Bekoyan-koyan
nota aku print bagi pada wife suruh baca dan fahami segala2nya berkaitan
jabatan berkenaan. Selok belok kerja tu. Isu2 semasa pada waktu itu. Aku ingat
lagi isu panas masa itu ialah kenaikan harga bahan api. Setiap hari aku akan
ajukan soalan2 yang kemungkinan akan disoal panel. Lagak macam panel lah. Bukan
apa nak bagi wife selesa dengan soalan2 dan nanti mudah untuk dia jawab. Tak jadi
masalah sebab semua berjalan lancar dan memang dia menguasai isu2 semasa
kemudian disesuaikan dengan apa yang dipelajarinya di zaman mahasiswa dahulu. Kira
tak ada masalah lah.
So, bila hari interview wife aku calon no 3. Interview setiap
seorang lebih kurang 30 ke 45 minit. Bila time interview segala soalan yang
diajukan, Alhamdulillah dapat dijawab dengan penuh keyakinan. Panel menunjukkan
minat dan reaksi positif. Dan sebelum keluar meninggalkan bilik interview ayat
ini keluar dari mulut salah seorang panel itu, “Lepas ini awak boleh siap sedia
untuk bekerja”. Wife meninggalkan bilik interview dengan harapan menempa
kejayaan. Namun apabila result keluar di web SPA… GAGAL.. DUKACITA.. semua
calon yang diinterview pada hari itu semuanya gagal. Tiada satu pun yang Berjaya.
Di web SPA tertera jumlah yang dipanggil interview 12080 orang. Bermakna dari
lebih 40,000 calon yang memohon 12,080 lulus ujian fizikal dan layak hadiri
interview. Dari 12,080 hanya diambil 38 orang sahaja untuk berkhidmat. Berapa
peratus tu. Cuba kira tengok. Heeee
Situasi yang dikongsikan ini berkemungkinan mempunyai
persamaan dengan diri anda. Coretan ini dibuat bukanlah berniat untuk
menyalahkan takdir dan menghukum mana2 pihak. Hakikat yang kita harus telan
ialah sememangnya sistem pendidikan kita bukanlah untuk membawa pelajar ke
dunia pekerjaan. Pendidikan yang diterima di sekolah mahupun di university sebenarnya
hanyalah suatu bekalan ilmu untuk pembangunan bangsa Malaysia itu sendiri dan
bukannya total untuk mendapatkan kerja. Jika ada ibu bapa yang masih
berpandangan belajar tinggi untuk mendapat kerja yang juga berstatus tinggi,
maka anjakan paradigma kepada ibu bapa berkenaan seharusnya dibuat.
Setiap tahun akan ada lebih 300,000 orang remaja dan belia
yang mencari pekerjaan di sektor swasta dan awam. Lebih menyedihkan mereka
berkelulusan tinggi tetapi bekerja di tahap yang lebih rendah dari itu. Siapa
kata graduan memilih kerja. Siapa kata. Rata2 remaja mahukan pekerjaan dan
apabila terdesak pekerjaan yang lebih rendah tetap mereka terima. Gajinya sudah
tentu rendah. Siapa kata mereka memilih kerja.
Mengapa wujud pula skim kontrak buat mereka2 yang sudah
menjangkau 60 tahun. Sudah lah pencen 55 tahun dinaikkan berperingkat menjadi
60 tahun, diberi pula taraf kontrak kepada mereka. Sungguh tak adil begitu.
Pandangan mengatakan buah pemikiran mereka sangat diperlukan adalah sesuatu yang
sangat tidak dapat diterima akal sama sekali.
Sepatutnya umur pencen dikekalkan terus pada 55 tahun atau
lebih awal dari itu. Dengan sistem pendidikan yang mutakhir ini kita perlu
akur dan jangan hanya memantingkan diri. Kita jangan hanya menjadi peniaga
kepada sistem pendidikan. Banyak pusat pengajian tertubuh kerana bisness
semata2 dan akhirnya mewujudkan lambakan graduan dalam negara kita. Banyak yang
belajar bagus, tetapi kerjanya tiada. Dengan apa mahu dibayar wang pinjaman.
Justeru itu, aku senang melihat teman2 sepejabatku yang
sedang melanjutkan pelajaran sekarang. Banyak mengambil jalan mudah tetapi
pasti. Mendapatkan kerja selepas tamat SPM dan kemudiannya setelah disahkan
jawatan memohon untuk menyambung pengajian. Terjamin dan pasti. Kerja sudah
ada. Apa nak hairan. Bila ada peluang boleh apply kenaikan pangkat. Berbanding yang
berkelulusan tinggi tetapi tiada kerja. Mana yang lebih parah.
Jerih payah pencari kerja perlu dilihat juga oleh pihak berwajib yang menemuduga. Jangan bertindak sedap rasa memanggil calon2 untuk hadir interview tetapi angka kekosongan terlalu menggila. Fikirkan sama kesungguhan, kesediaan dan kesanggupan mereka dalam usaha mendapatkan sesuatu kerja. Jangan anda bertindak makan elaun sebagai panel temuduga sedangkan anda tahu calonnya sudah ada. Koatanya telah tersedia. Jangan menyusahkan calon2 dengan sesuatu yang anda sudah tahu ketetapannya. Aku cakap menggila kerana berbelas ribu yang dipanggil. Yang dimahukan hanya beberapa sahaja. Adillah sikit dengan orang lain. Keringat mereka harus diambil kira jua. Jangan anda seronok kunyah kacang dan gula2 dalam bilik interview sedangkan anda tahu jawatan itu telahpun terisi. Jangan bercakap soal keadilan jika perkara ini menghantui sistem pemilihan pekerjaan di negara ini. BUATLAH SESUATU.. Paling kurang anda tapis dahulu sebelum memanggil untuk datang ujian fizikal. Paling kurang juga, yang telah lulus ujian fizikal dan gagal dalam interview itu tidak perlulah menjalani ujian fizikal lagi apabila memohon jawatan yang lain. Cukup dengan sekali ujian fizikal untuk semua jawatan yang dipanggil. Takkan semua kami nak ajar atau bagitahu. Anda boleh senyum sebab tidak kena pada diri anda. CUBA KENA... heeee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan