Rabu, 29 Januari 2014

PENING KAJANG PAK MALAU

BERIKUT ADALAH BEBERAPA KERATAN AKHBAR ARUS PERDANA DALAM NEGARA KITA. SENGAJA AKU COPY PASTE DI SINI SEBAB AKU PERCAYA SUATU HARI NANTI AKU AKAN KUPAS SITUASI DAN KEJADIAN INI. SAMA ADA IA MENJADI SEJARAH MANIS ATAU PAHIT DALAM DUNIA POLITIK.. SEKARANG ISU TENGAH HANGAT DIPERKATAKAN. MALAS AKU NAK ULAS ISU INI YANG DIKATAKAN PENUH STRATEGI INI.. SEKADAR MENYIMPAN SEBAGAI SUMBER DI MASA AKAN DATANG.

Sumber : Malaysiakini

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.

"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.
"Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang.

Sementara itu, Azmin juga mencabar Umno mencalonkan pemimpin tertingginya Datuk Seri Najib Razak bersaing merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh itu

“Umno kalau berani mari turun di Kajang, jangan letak MCA jangan letak MIC.

"Kalau berani letak Najib sebab dalamUtusan kata bukan main hebat (dia), lagi pemimpin hebat, pemimpin besar.

"Besar tak besar, mari turun Kajang," katanya dalam taklimat pilihan raya kecil DUN itu kepada lebih 100 jentera pilihan raya PKR.

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.




KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.

MAINAN POLITIK ANWAR (Berita Harian)

MAINAN POLITIK ANWARAnwar Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin
Strategi kosongkan DUN Kajang untuk beri laluan Ketua Umum PKR jadi MB Selangor dikecam

Kuala Lumpur: Keputusan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang dilihat sebagai percaturan peribadinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Meskipun Anwar memberikan alasan ia strategi memastikan Selangor menjadi asas kukuh mengambil alih Putrajaya, pengumuman itu juga menguatkan teori ia bagi menyelesaikan pertelingkahan Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali. 


Ia berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam yang membayangkan keputusan memilih Anwar adalah perintis laluan ke arah pelantikan Anwar sebagai Menteri Besar.

Pertemuan esok tak sentuh isu ganti MB (Sinar Harian)
  • Pertemuan esok tak sentuh isu ganti MBYB Mohamed Azmin Ali (2 dari kiri) bersama menyampaikan ucaptama pada Majlis Taklimat Jentera Pilihanraya Kecil Dun Kajang N25 di Sungai Sekamat, Jalan Cheras pada hari ini. - SINAR HARIAN/Zulfadhli Zaki
 1 / 1 
KAJANG – Pertemuan Majlis Pimpinan PKR Selangor dengan Pas negeri ini  esok tidak akan menyentuh isu menggantikan Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin berkata, sebaliknya pertemuan itu hanya menumpukan  gerak kerja PR bagi menghadapi PRK Dun Kajang.

“Saya telah tegaskan sebelum ini agar tiada sebarang spekulasi tentang pelantikan menteri besar. Saya telah menghubungi Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad dan menyatakan saya hormati sentimen rakan-rakan dalam Pas.

“Kita akan teruskan perbincangan esok untuk jamin kelicinan gerak kerja secara bersama. Bagaimanapun, perbincangan kita hanya tertumpu kepada persediaan untuk menang dan langsung tidak akan menyentuh isu penggantian Menteri Besar,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya lagi, beliau juga telah menghubungi Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan akan mengadakan pertemuan dengan parti itu hujung minggu ini bagi tujuan sama.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pas Selangor yang akan menghantar senarai calon menteri besar sekiranya berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Azmin berkata, keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR yang diadakan semalam telah sepakat  untuk memastikan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di PRK Dun Kajang kelak.

“Selaras dengan keputusan itu, PKR akan terus menjalin kerjasama erat dengan Pas dan DAP untuk menjamin kelicinan jentera.

“Malah, dalam pertemuan saya dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka telah menyatakan komitmen untuk memberi sokongan kepada PR khususnya PKR,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan