Selasa, 21 Januari 2014

KISAH DAN PENGAJARAN - ALAHAI TOUCH & GO

Assalamualaikum semua, semoga teman2 semua dalam keadaan sejahtera dan dirahmatiNYa.

Macam biasa awal pagi rutin harian bangun pagi untuk kerja. Macam nak demam rasa. Gagahi juga demi rezeki Allah untuk menyara keluarga tersayang. Jarak ke tempat kerja lebih kurang 43km dari rumah. Setiap hari pergi dan balik kerja ikut highway. Motor adalah pilihan aku untuk sampai ke tempat kerja. Elak sangkut dalam kesesakan.

Namun pagi ini, time berbaris nak bayar tol di lorong motosikal ada kejadian yang aku nak kongsikan. Kejadian kad touch & go. Sebelum itu, nak bagitahu dulu yang aku bekerja di Penang. Mudah cerita di USM Penang. Suka tak suka tetap kena guna jambatan nak ke tempat kerja di sebelah pulau. Aku duduk di seberang. Tol untuk motosikal RM 1.40 dan kalau kita ada kad touch & go yang dibeli di jambatan sahaja yang akan dapat kadar RM 1.12. Yang itu motosikal. Kalau kereta RM 7.00 dan kalau ada kad touch & go jambatan akan dapat RM 5.60. Orang yang duduk sekitar utara pasti tahu kadar ini semua. Yang tak tahu boleh lah ambil tahu.. heee

Namun aku bukan nak cerita pasal kadar touch & go yang dikenakan tu, tapi nak bagitau pasal sistem yang ada pada touch & go yang kita gunakan. Tapi bukan touch & go saja macam tu, banyak sistem yang sememangnya macam tu. Kita saja yang tak tahu.

Di Plaza Tol Jambatan Penang ni, pihak PLUS menyediakan lorong membayar tol khas kepada motosikal. Ada kot dalam 8 lorong (kalau tak silap) untuk motosikal sahaja. Daripada 8 lorong hanya 5 boleh dibayar secara tunai. Lagi 3 lagi khusus untuk yang memiliki kad touch & go. Namun pengguna touch & go boleh menggunakan kesemua 8 lorong tersebut. Macam pening je ayat ni.. haaa

Dalam sesak2 berbaris di lorong masing2 inilah yang aku nak kongsikan dengan semua teman2. Aku sememangnya pengguna touch & go dan aku memang berbaris di lorong khas touch & go. Tetiba lorong terhenti ketika aku berada no 3 dari orang first di palang automatic. Sorang uncle berbangsa cina menyentuh kad di mesin pengimbas. Namun palang tidak juga terangkat. Disentuhnya lagi.. Tiada bunyi ‘beep’ manandakan kad sah sebelum palang diangkat. Uncle cuba lagi dan mula menunjukkan body language gelisah. Tak pasti balance dalam kad uncle tu cukup atau tidak atau pun sememangnya kad touch n go uncle tu rosak. Kebetulan entah mengapa sesak lain macam pagi ni. Bukan setakat uncle tu gelisah kami yang berada di belakang pun gelisah. Maklumlah mengejar punch card di pejabat pula.

Tetiba uncle memandang belakang. Orang no 2 selepas uncle adalah seorang makcik. Makcik ni dengan penuh rasa simpati memberikan kad touch & go beliau kepada uncle untuk melepaskan uncle dari palang itu. Niat makcik tu sungguh murni. Wajar dipuji. Uncle bila palang terangkat je menoleh untuk memulangkan kad kepada makcik. Setelah mengucap terima kasih uncle berlalu pergi. Sekarang giliran makcik menyentuh kad untuk mengangkat palang. Situasi sama terjadi. Palang tak terangkat dan bunyi ‘beep’ tidak kedengaran. Apa lagi makcik pula meunjukkan situasi gelisahnya. haaa.. Habis plastic yang membalut kad touch & go beliau koyak. Palang tak juga naik2. Dia menoleh kebelakang kepada orang no 3 di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan aku. Aku dah agak akan berlaku situasi macam ini. Aku bukan taknak bagi kad pada makcik dan aku bukanlah kedekut sangat RM1.12 untuk membantu makcik. Namun jika aku berikan kad kepada makcik. Makcik lepas aku pulak kantoi. Soalnya orang no 4 yang belakang aku nak ke bagi kad pada aku macam aku bagi makcik. Jadi aku tak bagi makcik tu kad aku. Rasa bersalah pun ada. Makcik berundur keluar dari lorong dan terus ke lorong bayaran tunai. Aku pun imbas kad di mesin dan palang terangkat, aku berlalu pergi.

Aku minta maaf sangat2, bukan tak nak bagi. Problem tadi tu dari kad uncle pertama. Kad rosak atau balance tak mencukupi. Makcik kedua bagi kad. Uncle lepas pergi. Makcik tersangkut. Untuk semua teman2. Sebenarnya apabila kad kita dah digunakan, kita perlu nyahaktifkan  terlebih dahulu. Kemudian barulah kad itu boleh digunakan semula. Cara untuk nyahaktifkan kad adalah melalui penggunaan kad lain selepas kad itu digunakan pada pertama kali. Bermakna kad yang digunakan itu tidak dapat digunakan lagi buat kali kedua berturut2 sehinggalah mesin pengimbas itu mengimbas kad lain terlebih dahulu. Bermakna juga makcik tadi boleh menggunakan kad itu selepas aku touch kad aku. Namun apa boleh buat nak hurai panjang macam ni kepada semua dalam situasi kelam kabut nak pergi kerja mana ada orang nak faham..
 

So teman2, jadikan iktibar cerita aku ni. Bukan tak nak buat baik pada orang. Cuma kena faham sistem. Sudah banyak kejadian ini berlaku. Kita saja yang tak tahu sistem sebenarnya. Semoga bermanfaat buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan