Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Moga dalam
rahmat Allah sentiasa. Jangan lupa banyakkan berdoa. Dan yang lebih penting doa
sama pada aku jaga ye… haaa
Hari ni aku nak coretkan pasal sukarnya mendapat pekerjaan.
Tapi nak bagitau awal2 kepada semua ini adalah pendapat aku. Tiada kene mengena
dengan sesiapa. Risau jika disalah tafsir oleh semua pula nanti. Apa yang aku
kongsikan ini lebih kepada mendapatkan kerja sebagai kakitangan awam. Kiranya
kerja government lah. Aku maksudkan kerja tetap. Bukan skim kontrak, sambilan
mahupun khidmat singkat.
Pengalaman aku sendiri menghadiri inteview sememangnya agak
banyak. Tapi tak adalah sampai sepuluh. Aku cuba singkap kepada semua dengan
baik InsyaAllah. Sebagai seorang graduan yang baru graduate dari salah sebuah
IPTA, mestilah kita akan berkobar2 untuk mendapatkan kerja setelah tamat
pengajian. Aku rasakan semua graduan yang graduate ada perasaan yang sama
dengan aku. Aku grad tahun 2008. Aku habiskan degree dalam 3 tahun 6 semester.
Pointer tak ada la teruk dan tak adalah bagus sangat. Kira boleh la.. Kira
anugerah dekan tu aku penah dapat 2 kali jugak la.. haaa… jauh dari orang yang
6 semester tiap2 semester dapatkan. Ini semua poyo… heee
Diringkaskan aku lepas grad terus ke Selangor, rumah mak
saudara. Tolong suaminya bekerja di kedai makan roti canai. Sebulan aku disitu
dan semasa aku cuti semester time belajar dulupun aku pernah ke sini cari duit
lebih sebagai pelayan kedai roti canai. Cuma nak cakap roti canai bapak sedara aku
ni memang top. Buka 6.30 pagi pukul 11.30 dah boleh tutup dah. Licin dah. Nak
tahu banyak mana roti canai tu, seribu lebih juga la. Ikut hari juga lah. Tapi
jaranglah tak habis. Dan ikhlas aku nak cakap aku belum jumpa kedai roti canai
melayu atau mamak yang boleh lawan bapak saudara aku punya roti canai.. Tapi
aku xsempat belajar menebar. Rugi2..
Sudah cukup.. Bukan aku nak cerita pasal kerja aku di kedai
roti canai tu. Aku nak kisahkan pengalaman aku menghadiri temuduga di jabatan2
kerajaan dan seumpamanya. Lepas sebulan di Selangor aku dapat panggilan hadir interview sebuah jabatan under Kementerian
Pertahanan. Sememangnya aku dapat kerja itu dan berstatus kontrak dari 2008
hinggalah sekarang. Setiap 2 tahun sekali akan diperbaharui kontrak itu. Skim jawatan
itu ialah S27. Normallah sebagai pekerja berstatus kontrak ini sudah pasti
inginkan pekerjaan yang berstatus tetap. Tambah pula aku mempunyai ijazah yang
patut mendapat gred yang lebih baik. 2 minggu bertugas di tempat baru itu aku
mendapat panggilan interview di Pejabat Tanah & Galian (tak perlu mention
dimana). Seronok bukan main lagi. Bila pergi interview tengok ramainya orang.
Yang aku masih ingat ayat panel tu “kamu baru saja grad, bagi peluang pada
orang lain dahulu”. Aku tak lah kisah sangat sebab aku memang baru grad.
Aku terus bekerja di tempat itu dan makin serasi dengan
suasana dan persekitaran. Tidak lama selepas itu aku mendapat panggilan temuduga untuk DPLI (diploma perguruan lepasan
ijazah). Dalam sesi temuduga ini aku rasa aku yang banyak berinteraksi.
Temuduga secara kelompok. Aku yang memulakan dan aku yang mempengerusikan task
yang diberikan pada hari itu. Bukan apa kata orang kita kena tunjukkan
kesungguhan kepada panel untuk memilih kita. So.. itu yang aku buat. Tetapi
bila surat keputusan sampai di rumah DUKACITA. Apa kes.. huuu
Seterusnya datang pula interview
KPLI. Aku dapat kali ini. Nama aku diletak senarai simpanan sebab tahun itu
memang ramai sangat orang mohon KPLI. Alhamdulillah dapat jugak. Kira ok lah
walau senarai simpanan. Tunggu punya tunggu senyap begitu saja. Satu hari,
dapat call dari Kementerian mintak hadiri kursus Pegawai Tadbir N41 (sambilan)
di Penang. Aku memang seronok sebab dalam telefon pegawai yang hubungi aku
cakap, sambilan sekejap, lepas itu akan tetap. Aku mintak cuti dan pergi kursus
itu. Bila masuk kursus baru tahu aku ditawarkan jawatan Guru Pentaksir. Hanya
tempoh 6 bulan. Dibayar secara sambilan. Aku dah pening dah. Kemudian aku
ditempat di sebuah sekolah (tak perlu aku mention). Yang best aku langsung tidak
dilayan. Aku pula dipersoalkan kenapa aku ditempatkan disekolah itu. Manalah
aku tahu. Lagi best mereka bertanya apa tugas aku. Mana lah aku tahu. Akhirnya
aku tidak diberikan kerusi meja pun. Tunggu sehingga pihak kementerian hubungi
sekolah maklumkan apa peranan aku baru aku akan diberi keperluan yang
selayaknya. Akhirnya aku habiskan hari2 di sekolah bersama Pakcik Guard sekolah
di post depan pagar sekolah. Aku tak tahu dengan siapa aku perlu borak sebab
semuanya bukanlah sebangsa denganku. Aku ambil keputusan tinggalkan kerja itu.
Aku kembali bertugas di tempat kerja lama. Temuduga seterusnya
ialah Pegawai Penguatkuasa N41(aku
rahsiakan jabatannya). Bermula dengan ujian fizikal. Lari 2.4km dalam 12
minit.. Lepas. Tekan tubi tak ingat dah berapa kali. Lepas. Bangun tubi..
Lepas.. Lompat jauh. Lepas.. Kira semua ujian fizikal lepas lah. Petang tu juga
masuk sesi interview yang dibuat di tempat yang berasingan. Lulus Inteview
pertama. Tgu surat.. Dapat Inteview kedua di Kuala Lumpur. Pergi dan hadiri.
Gagal. Selang 6 bulan selepas itu sekali lagi
panggilan interview.. Pegawai Penguatkuasa N41, Jabatan yang sama. Dalam
hati fikir ini peluang ni. Pergi lah.. Ingat tak ada lagi ujian fizikal. Rupa2nya
kena sekali lagi.. sampai staf yang jalankan ujian itu pun sudah kenal aku. Lepas
ujian fizikal.. masuk sesi Inteview sebelah petang. Lulus. Tunggu surat dan
bila dapat surat interview itu di Kuala Lumpur. Sekali lagi pergi KL. Result
keluar gagal. Masa interview kedua tu aku siap sebut lagi nama panel tu. Aku
bagitahu susun atur bilik interview ini sikit berbeza dari yang pertama. Dulu Datuk
sebelah sini. Sekarang di sini. Patut saya rasa pernah tengok awak, kata datuk
panel tu. Dia adalah pengarah perbadanan itu. Penah tengok pun Datuk tak bagi
aku kerja juga.. haaaa. Dua kali interview jawatan sama tempat sama panel sama.
Tak dapat pun.
Balik semula dan terus bekerja di tempat lama. Dapat pula interview Penolong Pegawai Tadbir N27.
Kali ini under state. Sebelum pergi study dulu. Kebetulan abang aku kakitangan
state juga. Banyak tanya dia nak dapatkan apa2 maklumat mengenai state
berkenaan. Bila hari interview yang bestnya soalan yang ditanya semua aku boleh
jawab. Soalan fakta tentang negeri berkenaan pun aku boleh jawab. Dah tu
jawapan yang aku beri pula sangat tepat. 3 Datuk menjadi panel. Calon di interview
serentak 5 orang. Datuk panel cakap pada aku. Awak bagus. Kenapa awak tak apply
untuk Pegawai Tadbir. Pernah tak apply Pegawai Tadbir. Aku cakap pernah, tapi
di tempat lain. Nanti jawatan buka Pegawai Tadbir awak apply dia cakap. Lepas
ni tunggu, dia cakap. Aku balik dan tunggu. Ingat dapat. Bila result keluar
gagal. Aku pening la Datuk. Huuu
Rasa kecewa juga sebab bayangan nak dapat tu sudah ada dalam
interview yang aku hadiri. Setelah itu, tanpa putus asa terus mengisi borang
jawatan kosong sama ada secara bercetak dan juga online. Hari terakhir satu
hari tu, kawan minta isi online jawatan yang aku kerja sekarang. Dia kata last
hari ni. Petang tu aku isi. Sambil lewa. Sebab pengalaman sebelum ini membuat
aku sedikit kecewa. Tak lama selepas itu, dapat sms menghadiri interview. Aku tak
prepare langsung. Baca apa pun tidak. Tak mengharap langsung. Bila masuk interview.
Dibuat juga secara kumpulan. 5 orang sekali masuk. Aku memang banyak cakap. Dan
yang ditanya semua aku jawab pakai ikut sedap mulut ja keluar. Panel ketawa
senyum sebab aku banyak gurau lawak. Sebab aku memang main2 time interview tu. Lagi
pun dengan rambut pacak2.. Aku kan tak prepare. Lagi satu ada 2 calon yang
panel itu kenali. Aku rasakan memang tiada harapan. Tup tup result keluar, aku
dapat. Alhamdulillah.
So aku kerja sampai sekarang. Jawatan Tetap dan berpencen.
Tahniah kepada diri sendiri atas semangat terus mencuba.
Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah kita tawakal pada
Allah. Disamping usaha, doa kita. Konsep rezeki Allah memang betul. Bagus macam
mana semasa interview pun tak dapat kalau rezeki belum ada. Tak bersedia macam
aku last interview dapat pula. Rezeki dari Allah.
Kita sambung dalam sesi seterusnya yang akan membicarakan kritikan
dan kritisan aku terhadap situasi pencarian pekerjaan. Nantikan ok…
Terima kasih sudi membaca.
Semua nya atas ketentuan Allah , sy pnh mengalami yg saudara alamai & sdg dlm proses mencari pekerjaan tetap,doa2kan sy ye ,huhu
BalasPadam