Maklumat yang dikongsi untuk semua pengguna Lebuhraya Utara Selatan. Semoga bermanfaat buat semua. (Sumber : PLUS Malaysia Berhad)
PLUS mengendali dan
menyelenggara lebuh raya berikut:-
- · Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 km bermula dari sempadan Thailand di utara hingga sempadan Singapura di Selatan Semenanjung Malaysia; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) sepanjang 35 kilometer menghubungkan Jalan Duta dan Bukit Raja di Klang;
- · Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) sepanjang 16 kilometer menghubungkan Subang dan Sungai Rasau di Klang;
- · Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) sepanjang 23 kilometer menghubungkan Seremban dan Port Dickson;
- · Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) sepanjang 63 kilometer menghubungkan Persimpangan Nilai Utara di Lebuhraya Utara-Selatan dan Shah Alam di NKVE;
- · Lebuhraya Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) antara Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di Johor merangkumi jalan bertol yang menghubungkan lintasan kedua dengan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 47 kilometer;
- · Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) sepanjang 17 kilometer menghubungkan Kulim di Kedah dan Seberang Perai di Pulau Pinang;
- · Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5-km adalah lintasan penting menhubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai.
31 Disember 2038
Lebuhraya
|
Persimpangan
|
Lebuhraya Utara-Selatan (termasuk
NKVE, FHR2 & SPDH)
|
81
|
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan
Tengah (ELITE)
|
10
|
Lintasan Kedua Malaysia-Singapura
(Linkedua)
|
6
|
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
|
5
|
Jambatan Pulau Pinang
|
3
|
Lebuhraya
|
Tol
plaza
|
Lebuhraya Utara-Selatan (termasuk
NKVE, FHR2 & SPDH)
|
74
|
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan
Tengah (ELITE)
|
9
|
Lintasan Kedua Malaysia-Singapura
(Linkedua)
|
3
|
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
|
2
|
Jambatan Pulau Pinang
|
1
|
Sistem tertutup
memerlukan pengguna 'sentuh' atau mengambil tiket transit / kad apabila
memasuki lebuh raya dan ' sentuh keluar ' atau memulangkan tiket transit / kad
apabila keluar. Kadar tol adalah berdasarkan Kelas Kenderaan dan jarak yang
dilalui.
Bagi sistem Terbuka pula,
tiada kad transit / tiket dikeluarkan. Walau bagaimanapun, pengguna perlu
membayar tol apabila melalui plaza tol. Kadar tol adalah berdasarkan
Kelas/Jenis Kenderaan.
Kenderaan bergerak
perlahan seperti basikal, beca, traktor dan sebagainya tidak dibenarkan di
lebuh raya PLUS.
Kira-kira 1.5 juta
kenderaan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari.
Had laju umum di lebuh
raya PLUS adalah 110 km/j kecuali di kawasan tertentu seperti:-
a. Kawasan mendaki = 80km/j
b. Menghampiri kawasan plaza
Tol = 60km/j
c. awasan bandar = 90km/j
d. Sepanjang sistem terbuka
(antara Jitra-Bukit KayuHitam dan FHR2) = 80km/j
Pengguna lebuh raya juga
dinasihatkan mematuhi dan mengikuti semua papan tanda had laju sementara yang
dipasang di sepanjang lebuh raya terutama di kawasan pembinaan atau di sebarang
lokasi kejadian / kemalangan.
Pengguna boleh
mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menggunakan telefon kecemasan yang
disediakan di setiap dua kilometer sepanjang lebuh raya atau menghubungi talian
bebas tol PLUSLine di 1 800 88 0000.
Anggota PLUSRonda tidak
boleh mengeluarkan saman trafik kepada pengguna lebuh raya walaupun mereka
adalah juga pegawai Polis Bantuan. Saman hanya boleh dikeluarkan oleh pasukan
Polis Lebuhraya yang juga meronda lebuh raya.
Kini terdapat 48 Hentian Sebelah
(termasuk puncak vista dan pusat Pemandu lori) dan 27 R&R (termasuk
restoran jejantas) di semua lebuh raya kendalian PLUS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan