Kali ini aku nak bicara soal motivasi. Bukan untuk diri
pembaca sahaja malah diri aku sendiri.
Kisah motivasi ini sering aku bawakan untuk menaikkan semangat
perjuangan dan semangat setiakawan kepada pelajar2 aku suatu ketika dahulu. Sebelum
ianya lenyap dari ingatan aku, maka elok aku coretkan sebagai tatapan semua
sahabat yang aku sayangi semuanya.
Mungkin ramai sudah pernah membacakan kisah ini di laman2
blog yang lain. Namun aku garapkan di sini jua sebagai bacaan semua. Bermacam2
versi kita boleh baca tentang kisah ini. Namun aku bawakan versi yang aku
fahami dan aku olah sedikit agar lebih menyentuh sanubari teman2. Haaaa tengok
ayat aku… heeee
Berkisahkan tapak sulaiman yang terdampar dan anak kecil.
Saban hari kelihatan seorang anak kecil akan melewati
pinggir pantai. Biasanya dia akan berlari-lari anak di gigi air laut. Itulah
rutin harian si anak kecil tadi setiap petang. Jika anak2 lain sibuk dengan
rakan2 bermain di padang2 permainan, berlainan pula dengan si anak ini. Kelibat
anak ini berlari lari ditepian pantai itu setiap petang sememangnya telah
diketahui semua orang terutamanya nelayan2 yang menyulam pukat dan menjahit
jala di kawasan sekitar pantai.
Anak kecil ini tidak hanya berlari-lari kosong. Namun apa
yang dilakukannya adalah membongkokkan badan, mengutip sesuatu dan mencampakkan
ke dalam laut kemudiannya meneruskan larian, membongkokkan badan, mengutip sesuatu
mencampakkan lagi sesuatu ke dalam laut sebelum meneruskan lagi lariannya. Begitulah
saban petang anak kecil itu beraksi di pantai. Selagi belum kelihatan cahaya
merah dikaki langit anak kecil itu tidak akan pulang ke rumah. Sebenarnya anak
kecil itu membongkokkan badan untuk mengutip tapak sulaiman yang terdampar di
pantai dan kemudiannya membalingkannya semua ke tengah lautan. Pelik bukan..
Setiap hari pula tu..
Suatu petang, perbuatan anak kecil itu dilihat si nelayan. Nelayan
menghampiri anak kecil dan bertanya, “Nakkk, kenapa pakcik lihat anak setiap
hari mengutip dan mencampakkan semula semua tapak sulaiaman yang terdampar ini ke
tengah lautan, tidakkan ini suatu perbuatan yang sia-sia, tidakkah ianya juga
suatu perbuatan yang membuang masa?. Biar sajalah tapak sulaiman ini terdampar
di pantai.” “Pakcik rasa tak akan habis tapak sulaiman ini walaupun kau campak
setiap hari ke dalam lautan semula nakkk”. Begitulah teguran dari seorang
nelayan buat si anak kecil.
Namun si nak kecil tersenyum tenang. Sambil membongkokkan
badan mengutip tapak sulaiman itu, si anak kecil bersuara. “Sebenarnya pakcik, saya
setiap hari berusaha menyelamatkan tapak sulaiman yang terdampar ini, saya
tidak mahu tapak sulaiman ini mati, saya rasa tidak salah saya mencuba
menyelamatkan tapak sulaiaman ini Pakcik, jika tapak sulaiman yang masih
bernafas ini dapat hidup setelah dicampakkan ke lautan ianya sudah cukup
mengembirakan saya, jika ianya mati saya tetap puas kerana saya telah sedaya
upaya cuba menyelamatkan semua tapak sulaiaman yang terdampar ini, sekurang2nya
saya telah berusaha untuk menghidupkan semua tapak sulaiman ini”
Nelayan itu berasa terpaku dan tersentuh dengan kata2 dan
perbuatan budak itu. Mulai petang itu anak itu tidak lagi berseorangan ketika
menunggu senja tiba di pinggir pantai itu.
Dan sekarang mari kita lihat moral yang ingin disampaikan
dari cerita tersebut. Ianya sering berkait rapat dengan kehidupan kita. Kadang
kala kita meragui mengapa perlu kita berusaha mendapatkan sesuatu. Mengapa
penting sesuatu usaha perlu kita buat untuk mendapatkan sesuatu. Dan mengapa
sesuatu itu penting, jika bukan untuk kita sebaliknya penting buat orang lain.
Warga pendidik sekalian, jika ada membaca kisah ini anda
sebenarnya adalah si anak kecil itu. Rutin harian anda adalah mendidik para
pelajar dengan harapan mereka akan menjadi insan terpelajar dan berguna kepada
masyarakat dan negara. Dengan kerenah remaja yang pelbagai dan pelik belakangan
ini kami seluruh warga masyarakat ingin memberi 'tabik spring' kepada anda cikgu2
atas segala usaha yang diberikan untuk pelajar2 di Malaysia. Terima kasih
cikgu. Anggaplah pelajar2 anda adalah tapak sulaiaman itu yang sering anda
perlu campakkan ketengah laut semula. Cikgu2 tolong jangan biarkan tapak
sulaiman anda mati terdampar. Campaklah mereka ke tengah lautan semula andai
kata pelajar anda terdampar. Jika mereka terdampar pagi jangan tunggu tengahari
untuk campak mereka ke tengah lautan semula. Campak juga pagi itu cikgu2. Dalam
seratus yang cikgu campak siapa tahu 80 lagi akan berenang semula menuju
destinasi kejayaan. Jadilah seperti anak kecil itu yang tidak tahu berjaya atau
tidak dalam usahanya tetapi istikamah dalam usaha yang dibuat. InsyaAllah
kejayaan pasti akan menjelma.
Buat ibu bapa tersayang. Jangan dibezakan anak2 anda.
Jadilah ibu bapa seperti mana si anak kecil di pinggir lautan itu. Biasalah dalam
setandan kelapa pasti ada yang rosak dan buruk. Begitu juga dengan manusia. Dalam
ramai2 mesti ada yang kurang. Carilah kelebihan dari kekurangan yang ada itu
dan berilah yang terbaik kepada anak2 anda. Mungkin si anak itu kurang sedikit kecerdikannya dari anak2 yang lain namun percayalah jika anda terus mencampakkannya dan memberi peluang untuk dia, pasti dia akan mampu berjaya jua akhirnya. Campaklah anak2
anda semua ke tengah lautan jika anak2 terdampar di tepian. Jangan jemu
mencampakkan mereka. Contohilah si anak kecil dan tapak sulaiman itu. Sama ada
dia nak berjaya atau gagal itu adalah kerja Allah. Yang penting usaha kita.
Cukuplah dua contoh aku bagi, pendidik dan ibu bapa. Korang yang
terkesan dengan cerita ini pandai2lah relate dan kaitkan dengan diri masing2.
Sekian yang baik dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan