Sabtu, 18 Januari 2014

KELEBIHAN DARI KEKURANGAN. JANGAN MENYESAL

Alhamdulillah senja datang lagi meninggalkan siang yang merangkak pergi.. 

Aku ambil ruang dan masa yang ada untuk membuat sedikit coretan.. Kerana ini first aku menggarap warkah di ruangan ini maka kepala ligat memikir apa yang mahu ku coretkan.. Lantas itu, aku rasa elok dimulakan dengan warkah motivasi buat pembaca yang ku hormati sekalian.. 

Mungkin warkah ini pernah dibaca oleh semua teman2 atau didengari dari mana2 pihak. Namun tiada salah untuk kita saling bermotivasi dan memotivasikan.. Biar dunia ini penuh dengan manusia yang tinggi keyakinannya.
   
Kekurangan yang dimiliki tidak seharusnya melemahkan semangat kita untuk terus maju kehadapan. Ianya merupakan ketentuan yang memerlukan kita berfikir dan memahaminya. Allah tidak memberikan masalah kepada seseorang jika Dia tahu bahawa individu itu tidak mampu menghadapinya. Oleh itu ajakan saya teman2 jika masalah melanda kita ingatlah bahawa kita adalah manusia hebat yang diberi task atau tugasan untuk menyelesaikannya.

Rasa tidak lengkap rasa coretan ini jika aku tidak menyertakan kisah motivasi ini sebagai renungan kita bersama.

Si Pengangkut Air & Tempayan Retak. Tajuk pun agak sempoi heee..  Aku pun ingat2 lupa kisah ini.. Namun aku cuba coretkan dengan baik untuk renungan semua.

Kisah berkenaan ‘Si Pengangkut Air & Tempayan Retak’’. Pada suatu masa dahulu ada seorang yang bekerja sebagai tukang pengangkut air.. Tugas dia adalah mengangkut air bagi seorang hartawan yang mempunyai mahligai besar di puncak bukit. Sudah tentu bila tinggal dipuncak bukit tu sudah pastilah tak ada mata air atau telaga yang boleh memercikkan air. Oleh kerana itulah si hartawan itu sanggup mengupah orang sebagai pengangkut air untuk keluarganya. Task pengangkut air itu sangat mudah. Tak perlu SPM. Yang perlu kudrat dan keringat yang padu. Tugas yang diberi oleh hartawan ialah mendapatkan air yang bersih dari perigi yang terletak lebih kurang 100 meter dari puncak bukit..  Kiranya kalau duduk di atas bukit tu boleh nampak lah perigi itu.. Si pengangkut air bekerja dengan senang hati tanpa menyimpan keluh kesahnya..  Saban hari beliau berulang alik 30 kali untuk membawa naik air ke puncak bukit. Kiranya bermula terbit matahari hingga ke terbenam matahari beliau berulang alik atas ke bawah. Bawah ke atas.

Alat yang diguna pengangkut air tersangatlah canggih sekali. Satu batang kayu, dua tempayan dan tali pengikat. Itu saja digunakan mengangkut air... Fuh dasyat jika dibayangkan. Satu lagi pengangkutan ‘canggih’ yang digunakan ialah dua kaki untuk menapak ke puncak bukit sambil memikul dua tempatan yang sarat berisi air. Semasa itu tiada lagi pengangkutan menggunakan bahan api untuk mendaki. Yang ada hanyalah basikal. Lagi tercabut sendi kan jika guna basikal ke puncak bukit. Heeeee..

Rutin harian beliau sebegitu. Dapatkan air di perigi di bawah dan membawanya ke puncak bukut lalu dituangkan kedalam tangki takungan yang tersedia di rumah hartawan itu. Biasanya jika 30 kali ulang alik ke kebawah itu pasti penuh tangki bila menjelang senja. Namun suatu hari itu, terjadi satu peristiwa yang tidak disengajakan. kaki pengangkut air tersadung batu ketika membawa naik air ke puncak. Habis berterabur dan tersungkur pengangkut air ke cerun bukit itu. Setelah bangun dan menyapu sedikit calar dilengan, beliau mendapatkan kayu pemikul dan dua tempayan yang tidak lagi berair akibat terjatuh tadi. Aduh satu tempayan itu RETAK pula. Setelah membetulkan kedudukan tempayan dan diikat semula di kayu pemikul. pengangkut air turun semula ke bawah untuk mengisi semula air. Nasib belum sampai puncak bukit detik hati kecil si pengangkut air. Kalau tak jenuh aku turun semula.

Setelah memenuhkan kedua tempatan itu, si pengangkut air meneruskan perjalanan ke puncak bukit. Namun setelah sampai di puncak beliau mendapati hanya tanggal separuh air di tempayan yang retak tersebut. Namun pengangkut air tidak pernah mengeluh dengan kekurangan yang ada pada tempayan yang retak itu. Jika dahulu beliau ulang alik 30 kali sehari, kini beliau perlu berulang alik atas ke bawah sebanyak 45 kali sehari untuk memenuhkan tangki simpanan di rumah hartawan tersebut. Jika dahulu beliau pasti menamatkan tugas apabila senja mula menjelma, namun kini beliau terpaksa menamatkan tugas pada tengah malam untuk memenuhkan tangki air itu. Hampir seminggu lamanya si pengangkut air bertugas sedemikian rupa.

Tindakan si pengangkut air itu disedari oleh hartawan itu. Beliau bersimpati dengan si pengangkut air. Beliau berhajat menukar tempayan yang retak itu dengan tempayan baru yang sempurna. “Jangan menyusahkan diri dengan terus menggunakan tempayan yang retak itu”. Begitulah ungkapan si hartawan kepada pengangkut air. Pengangkut air hanya melirik senyuman dan berkata, “ Esok pagi ketika matahari memancarkan sinarannya, saya harap tuan dapat berada di bahu jalan ini dan merenung ke bawah tuan”. Begitulah kata2 pengangkut air sebelum melangkah pulang pada tengah malam itu.
Keesokannya seperti yang diharapkan, si hartawan tercegat di bahu jalan di puncak bukit untuk melihat apa yang disebut si pengangkut air itu. Apabila mentari menerbitkan sinarannya maka tersergamlah suasana yang sangat indah di sepanjang jalan menuju perigi air di bawah bukit. Kelihatan bunga2 dan tumbuhan menghijau dan suasana yang sangat mendamaikan... seolah olah berada di taman bunga yang sangat cantik. Tiba2 lamunan si hartawan dikejutkan oleh pertanyaan   “kenapa tuan terkejut dan kelihatan takjub”, soal si pengangkut air yang datang untuk memulakan tugas rutinnya. “Bagaimana ini semua terjadi?” Soal si hartawan. “Sebenarnya yang membuatkan bunga2 berkembang mekar.. tumbuh2an menghijau indah itu adalah tempayan RETAK yang tuan ingin buang semalam, sepanjang hari ia menyirami tumbuhan di sepanjang jalan kepuncak bukit ini tuan”, senyum si pengangkut air.

Oleh itu, sebagai iktibar buat semua. Ingatlah KEKURANGAN ITU TETAP MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI. JANGAN DIKEJI KEKURANGAN YANG ADA. SEBALIKNYA CARILAH KELEBIHAN DARI KEKURANGAN ITU..


Semoga bermanfaat buat semua. Wallahualam

2 ulasan:

  1. Jgn mnyesal dgn khidupan masa lampau kerana itu satu suratan takdir..tp rancanglah khidupn hari esok agar tdk trgelincir lg..

    BalasPadam
  2. Masa yg telah lalu mana mungkin dpt diulang kembali

    BalasPadam